Sambal & Pencicah

Cara Buat Sambal Tomato Penambah Selera

cara-buat-sambal-tomato-penambah-selera

Cara Buat Sambal Tomato Penambah Selera

Sambal kalau takde kat rumah ni memang tak sah. Wajibun kata orang, kalau ada sambal memang laku nasi. Lagi-lagi hari asyik mendung saja sekarang ni. Kenyang perut suka hati kata orang. Sambal Tomato ni sedap, kena dengan selera kakchik.

Kat rumah ni, kalau ada sambal tak payah susah-susah nak matching kan lauk. Ada telur dadar bawang lebih, lepas tu buat kan sup kentang. Laju semua menyuap makan.

Sedap uiii, menjilat jari tau. Kalau untuk bangcik ada sambal gini kena goreng ikan masin. Peeghhhhh lepas tu kau tengok dia makan macam masuk peraduan. Hahahaha.

Bahan-Bahan Sambal Tomato:

  • Tomato
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili api
  • Ikan bilis

Mudah sangat kan?

Cara Membuat:

1. Segala bebawang tadi dengan ikan bilis kita tumbuk kasi lumat. Kau bayangkan ex kau hancurkan hati kau. Gitu kau balas, dasarrrr. Kalau tak nak tumbuk guna lesung boleh guna chopper. Boleh je mana mana pun. Tak dosa pun. Tomato tu kau hiriskan sedap rasa.

2. Tumiskan semua bahan yang telah kita cincang tadi. Tumiskan sampai semua bahan layu. Bahan yang layu, bukan kau yang layu. Haishhh cergas sikit boleh tak? Jangan lemmmmahhh sangat. Ex kau bahagia, kau dok meratah hiba lagi. Apooo.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sambal Telur Negeri Sembilan

3. Masukkan air dalam 1/2 cawan. Biarkan merenih sekejap. Masukkan tomato, dah kata masak sambal tomato kan. Kenalah ada tomato. Masak lagi sampai tomato tu sedikit hancur. Tomato yang hancur, bukan hati kau. Hati kau, kau lah jaga. Tak kan ex durjana nak jagakan. Itu pun tak tau.

4. Perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa. Dia kena seimbang rasa masam, masin dan manis tu. Matikan api, kalau tak boleh matikan kau tutup api tu. Macam kau tutup pintu hati kepada ex durjana. Gituh.

5. Tadaaa dah siap sambal tomato kita. Dah jangan lupa baca Bismillah masa makan. Selamat mencuba.

Cara Buat Sambal Tomato Penambah Selera

Resepi Oleh: Umi Watie