
Cara Mudah Buat Puding Roti Zebra Sedap
Bahan-Bahan:
- 1 peket (20gm) agar-agar tali
- 4 cawan air (1 liter)
Kedua bahan ini di larutkan bersama dan masak hingga sebati. Sementara menanti larutan agar-agar sebati sediakan bahan lainnya:
- 6 keping roti (dikoyak kecil)
- 2 cawan susu segar
- 1/2 cawan gula perang
- 2 sdb serbuk koko
- 1 sdt minyak
Cara Membuat:
1. Kisar ke semua bahan (kecuali serbuk koko) di atas hingga halus. Tuang ke dalam larutan agar-agar tadi. Masak sebentar hingga agak pekat. Padamkan api.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian campurkan dengan serbuk koko dan gaul sebati. Jika suka yang berwarna-warna boleh bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakan pewarna yang diingini. Saya memilih pewarna dan perisa asli sahaja.
3. Basahkan acuan atau loyang sebelum menuangkan adunan agar-agar untuk memudahkan proses mengeluarkannya dari acuan nanti. Tuangkn ke dalam acuan atau loyang berselang seli ikut kreativiti masing-masing.
4. Lakukan proses dengan cepat kerana adunan cepat membeku. Biarkan puding roti sejuk di suhu bilik sebelum masukkan ke dalam peti ais. Apabila sudah betul-betul sejuk baru dipotong.
Resepi Oleh: Lily Azhary