Resepi 3 in 1 Roti, Donut, dan Bomboloni Sedap
Takyah susah-susah pakai resepi lain-lain, satu resepi ni je dah boleh jadi macam-macam. Yang penting sedap, gebu, lembut dan jadi!. Nak buat burger malaysia pun boleh.
Bahan A:
- 11g yis paket (instant) *
- 2 sudu besar gula *
- 1 cawan air suam *
+ Bahan bertanda (*) satukan dan biarkan sampai naik buih.
Bahan B:
- 500 g tepung roti/tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- 4 sudu besar marjerin/butter
- 2 sudu besar susu pekat
- 1 sudu kecil bread improver (kalau ada, lagi baik, takde boleh je janji buat)
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 biji telur (pukul telur sekejap dengan garfu hingga berbuih)
Cara Membuat:
1. Satukan semua Bahan B sampai jadi macam serbuk roti. Kemudian, campur dengan Bahan A. Uli hingga tak lekat di tangan.
2. Kalau guna breadmaker, masukkan Bahan A (cecair) dulu, kemudian masukkan Bahan B.
3. Biarkan lebih kurang 30 minit. Dah naik, tumbuk buang angin dan bahagikan doh kecil-kecil ikut suka besar mana. Roundingkan.
4. Kalau nak buat donut, buat lubang di tengahnya. Ketepikan, dan biar sekejap dalam 10-15 minit.
5. Kalau nak buat roti, masukkan dalam loyang. Taburkan potongan kecil butter di atas adunan roti.
Untuk Buat Donut atau Roti:
1. Panaskan kuali api sederhana, masukkan donut dan biarkan sekejap, dah perang baru terbalikkan sebelah lagi.
2. Angkat, toskan minyaknya di jaring. Kisar gula + sedikit susu tepung untuk salut donut. Cucuk inti coklat atau nutella untuk bomboloni.
3. Kalau jadikan roti, bila dah naik gebu, panaskan oven 160c dan bakar roti api atas dulu 7 minit. Kemudian buka api atas bawah 15 minit (agak-agak, ikut oven masing-masing ya).
Gebu, gebas dan sedap! Selamat mencuba semua!
Resepi Oleh: Nieza Nor Hamnira