Resepi Blueberry Butter Cake
Bahan-Bahan:
- 250 gm salted butter
- 250 gm tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 180 gm gula kaster
- 5 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- 4 sudu besar susu segar UHT
- 1/2 cawan blueberry basuh lap kering dan gaul dengan 1 sudu kecil tepung jagung (kalau takde blueberry, tabur almond slices pun boleh)
- Sedikit gula aising untuk hiasan
Cara-cara:
1. Panaskan oven dalam 20 minit. Guna loyang saiz 8 x 8 yang telah dilapik baking paper di spray atau gris dengan butter terlebih dahulu. Ketepikan.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (high speed 10min lebih kurang, kemudian medium)
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan tepung putar pelahan sehingga sebati.
4. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar 150c 15 minit, keluarkan tabur blueberry masukkan balik ke dalam oven bakar lagi 15 minit. Kemudian naikkan suhu ke 180c bakar lagi selama 15 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan 10 minit keluar kan dari loyang dan pakai penapis teh tabur gula aising di atas kek, siap.

Resepi Oleh: Lina Thomas