Resepi Blueberry Brownies, Masam Manis Sedap
Bahan Untuk Brownies
Bahan A:
200g coklat masakan (guna beryl’s)
75g butter
- cairkan 2 bahan ni secara double boiler, dah elok cair biarkan jap agak-agak suam jer.
Bahan B:
2 biji telur gred A
80g gula perang
- satukan 2 bahan ni, kacau guna whisk hingga gula betul-betul larut
Bahan C:
50g tepung self raising (tepung naik sendiri)
15g serbuk koko@coklat
- ayak 2 bahan ini
Caranya:
- Satukan bahan A dan bahan B, kacau sebati guna whisk. Kemudian masukkan bahan C, kacau lagi. Adunan memang agak berat, kacau jer sebati.
- Lapik baking paper dalam loyang saiz 8×8, kertas tu lebihkan daripada loyang untuk mudah kuarkan nanti. Masukkan adunan, ratakan, nak tabur badam pun boleh.
- Panaskan oven suhu 160C selama 10 minit api atas dan bawah. Bakar brownies selama 30 minit.
Sambil-sambil tu siapkan Bahan Cheese
250g cream cheese
80g gula kastor
1 biji telur gred A
2 sdb tepung gandum
Sedikit perahan lemon (Tak nak letak pun boleh)
Blueberry filling secukupnya
Caranya:
- Pukul cheese dan gula kastor hingga kembang, masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan tepung dan perahan lemon, pukul sebati.
- Bila brownies dah masak blehlah tuang bahan cheese atas brownies tu tadi, bakar lagi selama 15 minit (api atas sahaja). Siap, yang lorek atas tu saya guna blueberry filling.

Resepi Asal: Mariana Zainal
Diolah Oleh: Rozmaliza Omar