Resepi Cucur Roti Dengan Sosej
Bahan-Bahan:
- 12 keping roti gardenia dipotong kiub kecil-kecil
- 4 biji telur
- 1/4 kiub ikan bilis
- Garam secukupnya
- 1 cawan susu cair
- 3 batang sosej dipotong kecil
- 2 tangkai cili merah dihiris halus
- Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan:
1. Masukkan roti yang dipotong ke dalam mangkuk besar.
2. Telur, kiub ikan bilis, garam dimasukkan ke dalam satu mangkuk lain dan kocok bahan-bahan hingga rata.
3. Masukkan campuran telur dan bahan-bahan dihiris ke dalam bekas roti. Gaul rata sambil ditekan-tekan untuk hancurkan roti. Masukkan susu cair, ratakan.
4. Biarkan adunan 10 minit sebelum digoreng. Selepas 10 minit, kacau rata adunan sambil tekan-tekan lagi untuk hancurkan roti yang semakin lembut dan sebati.
5. Gunakan scoop aiskrim yang sederhana besar untuk mencedok adunan roti dan goreng dalam minyak panas dengan api yang sederhana.
6. Toskan minyak dicucur roti sebelum dihidangkan. Saya dapat anggaran 21 biji cucur roti yang besar. Selamat mencuba.

Resepi Oleh: Suriea Mohd Noor