Resepi Biskut Cornflakes White Chocolate 3 Bahan
Tempoh hari saya minta adik belikan sedikit white chocolate nak buat hiasan dekat kek. Tapi dia beli satu bar yang sangat besar. Tercari-cari resipi yang boleh habiskan white chocolate ni. Tada muncul pula satu resepi yang sangat mudah dekat reels.
Saya guna 3 bahan sahaja:
- White Chocolate Bar/Coin
- Satu sudu besar butter
- Cornflakes (guna yang biasa, jangan guna honey, terlampau manis nanti)
Cara Membuat:
1. Mudah sangat caranya. Cairkan white chocolate dengan butter. Boleh double boil atau masuk dalam microwave. Campurkan cornflakes yang telah ditumbuk/kisar/ramas kasar.
2. Ratakan nipis dalam loyang. Biarkan keras seketika. Saya rasa biar diluar sahaja pun dah ok. Kalau letak dalam peti nanti macam susah sikit nak potong cantik.
Sebenarnya saya buat untuk jamuan sekolah nephew saya, tapi sebab letak dalam peti ais, tak dapat nak potong terus pagi sebelum ke sekolah. Keras, last-last beli cookies di 7-eleven bawa ke sekolah katanya.
Tapi tak apa boleh makan-makan di rumah. Dah berjaya potong lepas letak luar jap. Menarik juga dibuat sebagai juadah raya rasanya.
Boleh Guna White Chocolate Jenis Ni >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Zeeda Hasain