
Cocolate Crunchys Almond Cookies Rasa Mewah Bila Dikunyah
Asalamualaikum anak-anak mak semua. Mak RND resepi ni 2 hari untuk dapatkan rasa cookies cruncys digigit tapi rasa mewah bila kunyah tak nak berhenti. Ini cookies killer mak tahun ni untuk raya nanti. Agent-agent dah mula collect oder, yang nak beli tuk rasa-rasa pun onz. Tapi mak tak galakkan beli sebab premium memang mahal sebab bahan pun mahal. Jadi kalau korang beli dapat sikit kalau buat dapat banyak. Mak bagi step yang mudah-mudah ya.
Cookies ni die rasa rangup crunchys. Bila gigit tu memang rasa rangup, macam keras tapi bila kunyah tu nikmat. Sebab die bukan jenis rapuh bila susun hancur bila pegang hancur. Resepi ni dapat cookies yang gigit macam keras tapi kunyah die melt. Bagi mak sempurna untuk rasa cookies bukan macam biskut lemau.
Cadangan harga 34-35 pieces korang boleh jual RM 27-32 Ikut jenis bahan yang korang guna juga nanti ya. Semua kos tak sama ikut bahan ape yang korang pilih.
Bahan-Bahan:
- 4 cawan Badam Nips
- 2 Ketul 500g Butter
- 2 cawan gula perang
- 2 penutup atau 2 sb emolco coklat
- 2 biji telur
- 1 sb emplek
- 2 sk baking powder
- 1 sk soda bikarbonat
- 1 cawan susu tepung
- 1 cawan minyak masak
- 6 sb serbuk koko
- 3 cawan tepung jagung
- 4 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan coklat chip
Cara Buat:
1. Ok jom la ya. Badam nips dibakar Mak bakar 180c selama 20 minit, kerap gaul-gaulkan. Bahan lain, 500g butter lurpark kalau salted takyah tambah garam, mak guna unsalt so tambah garam sendiri sikit. Pastikan butter keluar dari peti tak terlalu lembut, sederhana lembut die.
2. Masa RND ni mak guna 250g butter je tapi dapat sikit sangat so ikut resepi mak 500g dapat la 6 balang macam tu 34-36 pieces. Dalam bowl tu masukkan 2 ketul butter 500g, 2 cawan gula perang, 2 penutup atau 2 sb emolco coklat, 2 biji telur penuh ye semua bukan kuning sahaja, 1 sb emplek, 2 sk baking powder, 1 sk soda bikarbonat. Kacau sebati pakai senduk je.
3. Masukkan 1 cawan susu tepung dan kacau sebati. Baru masukkan 1 cawan minyak masak dan kacau-kacau lagi. Tambahkan pula 6 sb serbuk koko dan 3 cawan tepung jagung. Gaul-gaul rata. Ok masukkan 2 cawan tepung gandum dan terus tambah badam 4 cawan dan coklat chip 1 cawan 1/2. Dah gaul sebati, tambah 2 cawan lagi tepung gandum cap ros ye. Ok boleh gaul pakai tangan dah.
4. Masukkan dalam piping beg dan gunting depan die agak-agak besar die lubang tu. Paipkan dan penyekkan sket pakai jari. Bakar dalam oven dengan suhu 160-170c, masa 20-25 minit. Bila siap masak jangan tekan masa masak memang die lembut bukan tak masak lagi nanti dah sejuk die keras elok je.
Korang nak tau die dah masak ke tak, belakang cookies licin korang sapu dengan tangan takde habuk-habuk kat jari dan cookies rasa ringan bila diangkat. Alhamdulillah siap, mak jual di bakery RM 29.90 manakala agent jual RM34. Mak doakan korang rajin sikit untuk buat sebab resepi ni senang dan sedap.
Resepi Oleh: Azlina Ina Fans