Jeruk Cili Muda Rangup Boleh Tahan Sampai Berbulan
Stok wajib bila nak makan dengan char kuey teow basah. Kalau makan mee berkuah, nasi atau bihun goreng dan lain-lain memang sedap dinikmati bersama cili jeruk ini. Sebaiknya guna balang kaca dan basuh dengan air panas serta perlu kering dan tidak ada air supaya cili yang dijeruk tahan lebih lama. Cili jeruk ini boleh tahan berbulan-bulan. Simpan stok dibulan ramadhan. Boleh disimpan dalam peti sejuk. Jom kita lihat penyediaan homemade cili hijau jeruk.
Bahan-Bahan:
- 250 gram @ 15 batang cili hijau muda
- 3 cawan cuka epal @ cuka makan
- 5 camca besar gula pasir @ gula perang
- 1 camca kecil garam bukit
- Air Kapur Makan – 1 camca besar kapur + 3 cawan air
- 650 ml balang Kaca (beli kt kedai Eco)
Cara Membuat:
1. Basuh bersih cili hijau muda dan dipotong serong ikot ketebalan masing-masing. Sediakan mangkuk besar. Larutkan kapur makan dalam air. Rendam cili selama 1 – 2 jam. Kemudian toskan dan basuh bersih 4 kali dengan air paip untuk hilangkan bau kapur dan tapis biji cili.
2. Fungsi kapur adalah untuk rangupkan cili jeruk walaupun dah direndam lama. Basuh balang kaca dengan air panas dulu. Kemudian toskan air hingga kering.
3. Didihkan 3 cawan air sehingga menggelegak dan tutup api. Masukan cili potong tadi dan kacau rata selama 30 saat dalam mangkuk. Dan terus tos cili. Isikan dalam bekas kaca yang telah dibasuh dengan air panas tadi.
4. Panaskan sekejap cuka, gula, dan garam dengan api kecil. Cukup untuk larutkan semua bahan. Tutup api bila dah larut. Biarkan sejuk dulu. Terus masukkan dalam balang kaca yang mengandungi cili potong tadi.
5. Simpan dalam peti sejuk semalaman atau 2-3 hari untuk lebih sedap lagi. Jangan letak diluar suhu bilik sebab tiada bahan pengawet kimia menghalang kulat membiak.
Nota: Boleh guna timun tikus/halia/bawang putih/bawang rose/lobak putih, dll untuk dijerukkan. Selamat mencuba gais.
Guna Cuka Epal Jenis Ni, Lebih Sedap >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Zainor Shima Ihsan