
Masak Kuey Teow Goreng Basah ala Thai
Bahan-Bahan:
- 4 ulas bawang putih (diketuk)
- 5 tangkai cili api hijau (diketuk)
- 2 sudu besar cili boh
- 2 biji telur
- lauk (udang dan isi ayam)
- stok daging (air rebusan daging jika ada)
- 1 sudu setengah Sos Cili
- 1 sudu setengah Sos Tomato
- 1 sudu setengah Sos Tiram
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 sudu kecil Secukup Rasa
- 2 sudu kecil Sos ikan
- Sayur (Sawi dan Taugeh)
- 1 pack kuey teow
- bawang goreng – kalau ada
Cara Memasak:
1. Mula-mula kita panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang putih dan cili api hijau yang telah diketuk. Masukkan pula cili boh dan tumis sehingga pecah minyak.
2. Seterusnya, masukkan telur dan biarkan separuh masak baru kacau. Kemudian masukkan lauk (udang dan isi ayam). Tumis sehingga separuh masuk.
3. Kemudian masukkan stok daging (jika ada) kalau takde boleh gantikan dengan air putih sahaja. Masak sehingga mendidih baru masukkan secukup rasa, sos tiram, sos cili, sos tomato, sos ikan dan kicap manis.
4. Kacau sehingga sebati dan boleh masukkan sayur sawi dan taugeh. Tumis sebentar bagi taugeh kite serap sedikit kuah, kemudian boleh rasa terlebih dahulu sebelum masukkan kuey teow.
5. Jika ada bahan yang tidak cukup boleh tambah, jika rasa sudah okey, boleh la masukkan kite punye kuey teow. Kacau dalam 1 minit, kemudian Kuey Teow Goreng Basah kite pun telah siap untuk dihidang. Jangan lupa taburkan sedikit bawang goreng jika ada.
Resepi Oleh: Ahmad Ilmi Ghazali