
Samosa Inti Daging Guna Roll-Up Wraps Gardenia
Sebenarnya dah 2 minggu beli wraps tu tapi tak terfikir nak buat ape. Tadi tertengok sis tu post dalam MAHN ni buat samosa pakai wraps ni. Terima kasih ya bagi idea untuk buat samosa ni. Sedap juga la buat makan petang-petang ni.
Bahan-Bahan:
- Roll-Up Wraps Gardenia
Bahan Inti – dapat 10 biji samosa
- 4 kpg daging burger ramly (saya hancurkan)
- Bawang holland 1/2 biji
- Bawang putih 1-2 ulas
- Cili padi 1 biji
- Daun bawang
- Carrot 1/2 btg
- Butter 1 sudu
- Minyak masak 1 sudu
- White pepper
- Garam secubit
Cara Membuat:
1. Tumis bawang holland dan bawang putih menggunakan butter dan minyak masak. Bila dah kekuningan, masukkan daging burger yang dihancurkan tadi. Goreng sampai masak daging tu.
2. Setelah daging masak, masukkan carrot, cili dan daun bawang. Perasakan dengan white pepper dan secubit garam.
3. Kalo terlalu kering, masukkan sedikit air. Bila dah masak inti, toskan minyak agar ia tidak meleleh masa kita nak taruk dalam wraps tu nanti.
4. Untuk lekatkan wraps tu, bancuh satu sudu tepung gandum likat supaya boleh dijadikan gam untuk lipat wraps tu nanti.
5. Wraps di potong 2 sahaja, kemudian lipat jadi segitiga macam kon dan gamkan bahagian cantuman tu dengan gandum yang dibancuh tadi.
6. Isikan inti ke dalam wrap tersebut dan gamkan di bahagian atas. Saya guna garfu untuk tekan cantumkan agar inti tak terburai nanti.
7. Goreng dengan api yang perlahan dan sedia untuk dihidangkan.
Nota: Saya letak cheese kat tengah, tak nak taruk pun takpa. Suka hati kita nak letak apa sebab kita yang nak makan.
Resepi Oleh: Emi Sabrina