Ayam

Resepi Ayam Reneh Cendawan Shitake Chinese Style

resepi-ayam-reneh-cendawan-shitake-chinese-style

Resepi Ayam Reneh Cendawan Shitake Chinese Style

Kalau nak makan sedap tapi tak guna bahan yang banyak atau cara masakan yang rumit kau orang kena cuba masak braised chicken cara orang cina. Braised ni maksudnya reneh.

Masakan ni mirip dengan ayam masak kicap, tapi lebih mudah dari segi penyediaan. Rasa dia tak terlalu asing, dan pastinya disukai oleh anak-anak.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 6 ulas bawang putih
  • 2-3 tangkai daun bawang
  • 3 inci halia
  • 10 tangkai cendawan shitake
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu minyak bijan
  • garam secukup rasa

Cara Memasak:

1. Pertama sekali “brown the chicken”, iaitu goreng sikit ayam sampai lemak dia cair, dan luaran dia perang. Biar terjadi reaksi maillard. Gunakan minyak sikit sahaja. Bahagian perang tu nanti akan menyedapkan masakan.

2. Kemudian, masukkan bawang putih cincang, halia hiris, dan daun bawang. Ini adalah kita punya “aromatics”, atau bahan yang beri aroma segar dalam masakan ni.

3. Kemudian, letak sos tiram. Ini sumber rasa umami. Umami tu apa? Umami tu rasa lazat yang biasanya kita dapat dari bahan seperti ikan bilis, belacan, budu, rebusan tulang, udang kering, cendawan, kicap dan sebagainya.

Rasa umami ni lazimnya dikaitkan dengan kehadiran monosodium glutamate. Bahan-bahan yang saya sebutkan tadi, adalah bahan yang kaya dengan monosodium glutamate. Dalam industri masakan, monosodium glumate ni telah hasilkan secara sintetik dalam bentuk serbuk dan biasa kita kenali sebagai MSG. Contoh yang terkenal adalah Ajinomoto. Sebab tu guna Ajinomoto makanan jadi lazat. Jika tak mahu guna MSG serbuk, maka gunakan monosodoum glutamate dari sumber alami seperti yang diberitahu tadi.

4. Letak semangkuk air dan kemudian masukkan ini. OK ni pun sumber monosodium glutamete juga, tapi ada gula. Ini kicap manis. Letak sekali. Kalau tak nak manis, letak kicap pekat.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Panggang Lada Hitam

5. Ini lagi sumber monosodium glutamate, tapi sangat alami. Cendawan shitake yang dikeringkan rasa dia lebih padu daripada yang segar. ikutlah citarasa kalian nak guna yang mana. Kalau yang kering, jangan lupa rendam dahulu sebelum potong dan masukkan dalam masakan.

6. Tutup! Reneh 20-30 minit guna api kecil. Jangan lupa periksa sekali sekala. Kalau renehan terlalu kering, tambah air. Kalau tak tambah air, jadi Ayam Gosong/Geseng. Tau tak apa tu? Tanya jiran. Eh lupa nak letak ni. Kalau suka pedas dan berempah sikit, boleh letak bunga lawang, cili kering, dan lada hitam. Kalau tak nak pun tak apa.

7. OK dah masak, warna dah cantik, tapi kuah dia macam terlalu cair. Saya pekatkan dengan bancuhan tepung jagung. Saya suka kuah dia likat. OK hidang! Rasa dia masin, manis dan letupan umami. Makan dengan nasi panas memang terangkat kening! Ratah pun sedap! Nak buat kuah Sizzling Mee pun sesuai! Tinggal letak mi dan pecah telur.

Kalau nak hidangan ni naik ke paras kesempurnaan, titiskan sedikit minyak bijan. Jaga-jaga, air liur akan merembes macam empangan pecah.

Resepi Ayam Reneh Cendawan Shitake Chinese Style

Resepi Oleh: Kamarul Ariffin Nor Sadan