Mee

Yee Mee Sizzling Versi Makan Kat Rumah

yee-mee-sizzling-versi-makan-kat-rumah

Yee Mee Sizzling Versi Makan Kat Rumah

Bahan-Bahannya: Untuk 5 -6 orang

  • 5 gulung yee mee
  • 5 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1/2 inci halia – dicincang halus
  • Ayam – dipotong kecil
  • Cendawan shitake kering atau basah
  • 5 biji cili kering – dipotong-potong
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan kicap cair
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 1 ketul kiub ayam
  • 2 atau 3 sudu makan tepung jagung + sedikit air
  • Minyak untuk menumis
  • 4 cawan air atau lebih
  • Resepi Cili potong – cili api, kicap cair dan sedikit cuka

Cara-Caranya:

1. Masukkan minyak bijan dan minyak masak. Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi. Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.

2. Masukkan 4 cawan air (kalau nak kuah banyak, boleh tambah air). Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam.

3. Biarkan mendidih dan ayam masak. Masukkan cendawan dan biarkan 2-3 minit. Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.

4. Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. Ulang langkah 6 untuk hidangan yee mee yang lain.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuah Mee Rojak Ayam

Nota:

  • Kalau guna plate sizzling, kena faham bahawa plate tu dibuat daripada besi. Jadi kalau dibiarkan basah atau lembab akan menyebabkan plate berkarat. Kalau dah berkarat, janganlah dibuang, tapi cuci bersih-bersih sehingga hilang semua karatnya.
  • Cara nak mengelakkan plate besi tu dari berkarat ialah, selepas digunakan terus dibasuh dan terus panaskan di atas api hingga plate benar-benar kering dan sejukkan. Barulah disimpan di tempat yang kering.
Yee Mee Sizzling Versi Makan Kat Rumah

Resepi Oleh: Tuan Adriana Arissa