Nasi, Sarapan

Nasi Goreng Sambal Udang Kering Cendawan Butang

nasi-goreng-sambal-udang-kering-cendawan-butang

Nasi Goreng Sambal Udang Kering Cendawan Butang

Bahan-Bahan:

  • Nasi 5-6 cawan
  • Cendawan butang (agak-agak)
  • 5 ulas Bawang putih (dikatok)
  • 2-3 biji Bawang merah (dihiris)
  • Sambal udang kering (5 sudu besar)
  • Telur 5 biji
  • Light soy sauce 1 sudu kecil (jika mahu)
  • Sos tiram (2-3 sudu besar)
  • Sos ikan (1-2.sudu besar)
  • Serbuk perasa 1 sudu besar
  • Cili merah 1 batang dihiris

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga keperangan atau naik bau. Masukkan bawang merah dan masak sehingga layu. Kemudian masukkan telur (pecahkan telur di dalam kuali) masak seketika.

2. Masukkan cendawan butang, cabai merah, sos tiram, light soy sauce dan sambal udang kering dan gaulkan rata. Masukkan nasi dan gaulkan kesemuanya.

3. Masukkan serbuk perasa dan sos ikan. Gaulkam kesemuanya sehingga rata dan masak sehingga sedikit berasap nasinya. Angkat dan siap untuk dihidang.

Nasi Goreng Sambal Udang Kering Cendawan Butang

Resepi Oleh: Nurul Ateekah