snek, Snek

Resepi Popia Sayur Mudah Buat dan Sedap

resepi-popia-sayur-mudah-buat-dan-sedap

Resepi Popia Sayur Mudah Buat dan Sedap

Nah akak lanjer resepi popia resepi Popia Sayur mudah buat dan sedap.

Bahan-Bahan:

  • 1 paket kulit popia (50pcs)
  • 1 biji sengkuang ( sagat halus)
  • 1 biji carrot (sagat halus)
  • 5 genggam taugeh
  • 5 biji tauhu – gorengkan jangan garing sangat, dah goreng belah 2 ambik isinya sahaja
  • 3 biji bwg kecil (tumbuk halus)
  • 2 ulas bwg putih (tumbuk halus)
  • Segenggam udang kering (tumbuk halus)
  • 2 sudu besar gula pasir
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak untuk menumis

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak. Lepas tu, masukkn bawang kecil, bawang putih goreng sampai naik bau lepas tu masukkan udang. Goreng garing lepas tu masukkan isi tauhu tadi. Kacau rata.

2. Lepas tu masukkan sengkuang dengan carrot, kacau rata dalam 3 minit. Lepas tu masukkan garam dan gula, kacau rata dan last masukkan taugeh. Kacau-kacau terus tutup api.

3. Angkat terus letak atas penapis supaya air tumis dan minyak turun. Kalau tak nanti popia korang jadi lembik nanti tak garing.

Bahan-Bahan Sos Popia:

  • 3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
  • 15 tangkai cili kering (blend)
  • 1 cwn gula pasir
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 3 sudu besar kismis hitam (rendam dan tos kering kemudian blender kering halus-halus)
  • 1 cwn air
  • 2 sudu besar membukit tepung jagung (bancuh dengan 50 ml air)
  • Garam secukup rasa
  • 4 sudu besar minyak masak untuk menumis

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak tumis bawang putih sampai naik bau dan nampak kekuningan. Lepas tu masukkan cili kering blend tadi dan goreng sampai garing. Msukkan pula gula dan kacau sebati.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Popia Basah Untuk Minum Petang

2. Lepas tu masukkan kismis dan air, biarkan sekejap. Masukkan sos tiram dan kicap, masak lebih kurang 5 minit. Masukkan pula air bancuhan tepung jagung dan garam secukup rasa.

3. Kacau bahan sampai likat guna api yang sederhana. Kena kerap kacau, kacau sampai sos jadi pekat. Sos kena pekat baru popia tak lembik kena sos.

Bahan Gam Tepung Untuk Lekat Di hujung Kulit Popia;

  • 2 sudu besar membukit tepung gandum
  • 1 1/2 sudu besar air

Bancuhkan biar betul-betul pekat nanti senang nak gam kulit popia. Elok lekat dan tak terbuka nanti.

Bila dah siap semua step di atas, boleh la menggulung popia. Lepas tu goreng dan hidangkan, kemudian sapukan sos atas popia. Boleh taburkan dengan serbuk kacang atau bijan atau bawang goreng atas sos popia tu tapi akak suka tabur serbuk kacang je.

Resepi Popia Sayur Mudah Buat dan Sedap

Resepi Oleh: Rose Perodua