Resepi Agar-Agar Sagu Gula Melaka Guna Santan Sawit
Tujuan asal nak buat sagu gula melaka. Sagunya beli, santannya lupa. Pergi kedai sekali lagi, tetiba beli serbuk agar-agar. Santan entah kemana. Saya suka kalau buat sagu gula melaka guna santan sawit khalis, rasa yang lemak manis.
Sudahnya terjadilah agar-agar sagu gula melaka. Saja lah buat agar-agar rose guna acuan lompang tu. Comel je. Oklah, meh saya share resepi. Ni kalau untuk buat jualan pun saya rasa mesti boleh ni. Cubalah mana yang nak cuba tu ye.
Bahan Agar-Agar:
- 1 paket serbuk agar-agar – 10g
- Gula castor/gula halus – 250g
- Air – 1.5 Liter
- Perisa Rose – 1 sudu kecil
- Pewarna merah – 1 sudu kecil
Cara Untuk Buat Agar-Agar:
1. Letak serbuk agar-agar dan gula castor dalam periuk. Kacau sebati dan masukkan air 1.5 liter. Masak sampai air mendidih. Tutup api dan boleh tuang bancuhan dalam apa-apa bekas. Nak letak dalam acuan apa pun boleh. Macam saya letak dalam acuan lompang.
Bahan Santan Gula Melaka:
- 1 paket santan sawit khalis – 1kg
- Air masak – 1 Liter
- Garam – 1 sudu kecil
- Gula Melaka Comel – 5 ketul
Bahan Sagu:
- Air setengah periuk
- Sagu paket kecil – Lebih kurang 100g
Cara Membuat:
1. Masukkan gula melaka/kerek/kabung. Saya guna gula melaka yang comel ni. Untuk 1 liter santan + 1 liter air ni saya guna 5 ketul gula melaka comel ni. Just nice tak manis sangat sebab agar-agar dah manis kan. Jangan lupa masukkan garam 1 sudu kecil ye.
2. Make sure guna air masak ye untuk masukkan dalam santan ni. Sebab kita bukan nak masak sampai mendidih betul. Takut nanti jadi berketul-ketul pulak santannya. Bila gula semua dah larut dan dah nampak buih-buih halus ni dah boleh tutup api dah. Sejukkan.
3. Ok, sementara kita tunggu santan sejuk, kita masak sagu pulak. Panaskan air separuh periuk sampai mendidih dulu. Dah mendidih, masukkan sagu ni haa sepaket kecil ni. Kacau-kacau lah dulu sampailah nampak macam putih-putih sagu tu dah tinggal sikit, tutup api dan tutup periuk. Biarkan 10 minit.
4. Lepas biarkan 10 minit tu, jangan terkejut pulak tengok sagu tetiba hilang. Dia bukan halimunan ye, dia dah bertukar jadi jernih. Haa, tuang sagu yang dalam periuk tu masuk dalam penapis. Kemudian, basuh sampai hilang kanji dia.
5. Ok, semua dah ready kan. Kita masukkan agar-agar dan sagu dalam cawan atau bekas yang sesuai serta masukkan santan tadi. Boleh lah dinikmati, biarkan sejuk dalam peti sejuk lebih sedap.
Lebih Sedap Kalau Guna Santan Sawit >> Dapatkan Di Sini
Resepi Oleh: Wan N Wan M