Resepi Kek Tapak Kuda Dengan Filling Coklat Sedap

Resepi Kek Tapak Kuda Dengan Filling Coklat Sedap

Ramai ke dah buat resepi kek tapak kuda yang saya share minggu lepas? Kali ni saya repeat lagi sebab serius sedap sangat. Rugi sape tak buat resepi ni. Ok sekali lagi saya share di bawah.

Bahan-Bahan:

  • 4 Biji telur gred A/5 biji B
  • 1/2 cawan Gula castor
  • 1/2 cawan Tepung naik sendiri
  • 1 sdb Ovellete
  • 3 sdk Susu tepung
  • 1 sdk Esen vanilla
  • 125 gram marjerin/butter (dicairkan)

Cara Membuat:

1. Pukul sampai gebu dan kembang semua bahan kecuali butter cair. Dah gebu dan fluffy masukkan butter cair. Kaup balik sehingga sebati atau mix sekejap.

2. Asingkan 100g adunan dan masukkan 1 sdb serbuk koko jika nak buat warna koko bahagian dalam tu. Simpan sikit lebihan untuk lorekkan bahgian atas. Menggunakan loyang saiz 10 inci. Bakar suhu 150 selama 25-30 minit ikut kesesuaian oven masing-masing.

3. Dah siap bakar, sejukkan sekejap dengan terbalikkan kek. Dan terbalikkan semula. Potong dua bahagian ditengah. Dapat dua biji kek untuk 1 adunan ni. Letak filling dan Wrap dengan menggunakan plastik cyling wrap kemas-kemas.

4. Boleh letak filling kesukaan. Saya boikot nutella dan saya guna perisa brand delfi perisa chocolate hazelnut. Sedap. Boleh letak dalam chiller sebelum potong utk elakkan filling terlalu meleleh.

Boleh Tempah Kek Tapak Kuda Kalau Nak Rasa >> TEMPAH

Filling Delfi Chocolate Hazelnut Spread >> LIHAT DI SINI

Resepi Kek Tapak Kuda Dengan Filling Coklat Sedap

Resepi Oleh: Tuan Adriana Arissa