Resepi Pengat Pisang dan Sagu Klasik
Pernah tak tiba-tiba ada tetamu nak datang rumah, pastu bagitau dah on the way. Mesti pernah kan? Haa hari ni kak M nak share resepi pencuci mulut yang boleh siap dalam masa kurang dari 30 minit.
Resepi klasik tapi simple dan sedap. Jeng jeng jeng namanya Resepi Pengat Pisang dengan Sagu. Mesti ramai yang dah terror kan resepi nih. Kalau pengat pisang kak M paling suka guna pisang tanduk. Pengat pisang tanduk ni rasanya sedap, lemak masin secukup rasa dan diimbangi pulak dengan rasa masam dari pisang tanduk.
Pisang Tanduk sesuai untuk buat pengat sebab isinya yang berkanji, kenyal dan tidak hancur bila dimasak pengat. Bila dimasak, pisang ini akan jadi cukup lemak dan memang sedap dimakan. Bahan pulak memang senang sangat nak dapat. Kat mana-mana kedai runcit atau pasar raya InsyaAllah memang ada.
Dah ada barang? Jom kita masak!
Bahan-Bahan:
- 1 biji pisang tanduk
- 250 ml santan
- 1 -2 keping gula melaka
- 1 sudu kecil garam bukit
- 5 sudu besar biji sagu
- 2 helai daun pandan (kak M lupa nak letak aduiih)
- Air secukupnya
Cara Memasak:
1. Rendam biji sagu hingga kembang. Lebih kurang dalam 15 minit. Buang kulit pisang tanduk dan hiris setebal 1-2 cm.
2. Basuh dan masukkan ke dalam periuk. Masak pisang dengan air, santan, gula melaka, daun pandan dan garam secukup rasa atas api yang perlahan.
3. Sentiasa kacau dengan perlahan supaya santan tak berketul. Bila dah mendidih, masukkan biji sagu yang kita dah rendam tadi dan garam. Kacau lagi.
4. Masak lagi hingga biji sagu menjadi jernih dan pisang lembut elok. Kalau kuah terlebih pekat, boleh tambah air panas ya sebab bila dah sejuk kuah akan jadi lebih pekat.
5. Sesuaikan rasa dan bolehlah tutup api.
Tips:
- Sagu boleh jugak masukkan dengan masak dia dulu. Dengan cara ni, kita boleh agak kepekatan kuah pengat.
- Caranya ialah sagu dimasak sehingga menjadi jernih. Angkat dan tuang ke dalam bekas penapis. Lalukan bawah air paip dan kacau rata untuk buang kanjinya. Tinggal biji sagu sahaja.
- Kalau ada banyak masa boleh buat method ni. Kalau nak cepat ikut aje cara kat atas.
Resepi Oleh: Marina Ismail