Resepi Pengat Pisang Menggamit Memori Zaman Kecil-Kecil Dulu
Bila makan pengat pisang macam ni kadang teringat betul waktu zaman kecil-kecil dulu, arwah Ummi rajin buat tiap petang. Balik sekolah agama siap sudah terhidang di atas meja. Jadi untuk kembalikan memori indah itu Yati kongsikan.
Bahan-Bahan:
- 5 biji pisang
- 3 helai daun pandan
- 1 cawan sagu
- 1/2 cawan gula merah
- 3 cawan air (saya guna cawan plastik ikea)
- 2 kotak santan (1 kotak = 200ml)
Cara Memasak:
1. Ok. Perkara pertama, kenalah rebuskan sagu bersama air. Air banyak tak apa, sebab sagu ni nanti akan mengembang macam barli. Tips; Gunakan api sederhana. Kacau-kacau sedikit sampailah sagu jernih. Kalau air dah nak kering tapi sagu belum kesemuanya jernih, boleh saja tambahkan air lagi.
2. Bila dah jernih semua, ambil tapis dan tapislah air kanjinya pula (Saya lalukan dengan air penapis kukoo tu). Bila dah tapis, nampaklah cantik sagunya nanti bila dah dimasukkan ke dalam pengat kejap lagi. Sagu yang dah ditapis tadi, bolehlah diketepikan kejap dalam mangkuk khas.
3. Ok, jom kita buat pengatnya pula!. Dalam periuk lain, masukkan air serta gula merah. Masukkan juga daun pandan dan kacau sehingga gula larut dan mendidih. Daun pandan tu cucilah bersih, jangan main masuk je tau. Kemudian, boleh masukkan pisang dan gaulkan.
4. Tak lengkaplah pengatnya kalau tak masukkan santan. Saya guna santan kotak, Kara. Favourite okey! Nak guna santan lain pun okey, boleh je. Oh ye, saya letak secubit garam tau untuk naikkan lagi rasa lemak santannya.
5. Ok, bila dah gaul tadi boleh lah masukkan sagu pula. Kemudian biarkan didih kejap. Sambil tu kacaulah ye, jangan sampai santan pecah. Dah didih, tutup api. Siap!
Tadaaa! Siaplah sudah pengat pisang kita yang confirm makan sekali tak cukup. Bila dah masuk esbok lagilah bertambah kesedapannya hui. Tambah dua kali pula tak cukup. Haha! Makanya. Nikmat apa lagi yang kau dustakan.
Nota: Saya guna gula merah India. Kurang manis tetapi warnanya pekat. Boleh dapatkan di sini >> Gula Merah India
Resepi Oleh: Nurhayati Abd Malek