
Rendang Tok Asli Negeri Perak Menambat Selera
Saya bukanlah orang Perak. Tapi bila sebut pasal rendang, dalam banyak-banyk versi di Malaysia ni, Rendang Tok Asli Negeri Perak juga yang menambat selera tekak saya. Teksturnya yang kering kering tak berkuah, pedas-pedas rempah dan cili, harum sangat. Masak sampai kering gelap atas dapur berjam-jam perlukan kesabaran.
Kali ni saya buat daging 1 kilo setengah campur limpa 1 kilo. Saya belajar resepi ni dengan orang Perak juga. Semua bahan-bahan rencah dikisar kering. Saya halalkan resepi ni untuk yang suka mencuba.
Bahan-Bahan Hiris:
- 10 biji bawang rose dihiris halus
- 1-2 labu bawang putih dihiris halus
- 4 inci halia dihiris halus
Bahan-Bahan kisar:
- 2 genggam cili kering pedas @ kurang pedas (dicuci, direbus, nak buang biji pun terpulang ya. Disangai dalam kuali sampai kering. Blend kering TANPA AIR)
- 2 ketul lengkuas
- 5 batang serai (dikisar kasar dengan air, lepas tu diperah buang airnya. kita guna hampas sahaja ya)
- 1 senduk biji ketumbar (disangai dan dikisar kering)
- jintan manis & jintan putih optional ya, boleh letak kalau suka
Bahan-Bahan Utama Lain:
- 1 1/2 kg daging pejal biasa yang ada lemak sikit-sikit (bukan batang pinang, kita nak flavour dari lemak-lemak daging juga)
- 900 gm limpa
Daging & limpa ni kita lakukan proses ‘mati air’ dulu sampai airnya kering. Maksudnya rebus dalam periuk TANPA AIR. Masak biar air daging tu keluar sendiri, sampailah air tu kering semua.
- 2 kg santan asli pekat
- 2 keping besar gula nisan (kalau guna gula melakahttps://resepibonda.my/keria-gula-melaka-montok-tanpa-serbuk-penaik/, boleh kurangkan sikit)
- 2 senduk kerisik
- daun kunyit hiris
Cara Memasak:
1. Reneh santan atas kuali sambil kacau dalam 10 minit. Api sederhana je. Masukkan bahan-bahan hiris. Masukkan cili kering yang dikisar kering tadi. Masak sampai terbit minyak sikit.
2. Seterusnya, masukkan daging dan limpa. Masukkan bahan-bahan kisar yang lain dan masak sampai pecah minyak. Masukkan kerisik dan gula nisan serta masukkan perisa dan garam.
3. Akhir sekali, tabur daun kunyit. Masak sampai kering. Kacau selalu. Proses ni dalam 2-3 jam juga. Bergantung pada kuantiti daging.
Nota: Kalau daging belum empuk, air boleh tambah jika perlu saja ya. sebab resepi ni kalau boleh kita nak kurangkan air. Selamat Mencuba.
Resepi Oleh: Izani Shadila