snek, Snek

Rempeyek Kacang Ikan Bilis Tanpa Air Kapur

rempeyek-kacang-ikan-bilis-tanpa-air-kapur

Rempeyek Kacang Ikan Bilis Tanpa Air Kapur

Bila nak buat rempeyek tapi tak ada air kapur, boleh juga diteruskan dan hasilnya inshaAllah tetap rangup. Cuma guna campuran tepung beras dan tepung kanji atau tepung ubi kayu.
Seronok buat kudapan sendiri sebab tentu dapat adjust rasa rempah ikut suka. Saya suka rasa rempah dalam rempeyek dan dengan nisbah kacang pada tepung yang sekata.

Bahan Adunan Tepung:

  • 400 gm tepung beras
  • 100 gm tepung kanji / ubi kayu
  • 2 biji telur
  • 1 sudu garam
  • 400 ml santan
  • 15 helai daun limau purut racik
  • Air secukupnya

Bahan Blend:

  • 10 ulas bawang putih
  • Sedikit kunyit hidup
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1/2 genggam ikan bilis
  • 1/2 genggam udang kering

Bahan Tabur:

  • Ikan bilis mentah (basuh bersih dan keringkan balik – jemur atau keringkan dalam oven)
  • Kacang tanah, basuh dan jemur kering.

Cara Membuat:

1. Campurkan semua bahan bahan blend dengan bahan adunan tepung.

2. Saya guna acuan, jadi saya letak kacang dan ikan bilis dalam acuan yang dah dipanaskan dalam minyak. Perlu panaskan acuan dulu kalau tak mahu adunan melekat.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Tortilla Ayam Panggang

3. Letak adunan tepung supaya kacang dan ikan bilis basah, baru goreng dengan api sederhana kecil.

Nota: Adunan 500 gm tepung ni saya dapat dua bekas besar bulat macam dalam gambar tu. Saya memang jenis tak pernah kira berapa keping dapat.

Rempeyek Kacang Ikan Bilis Tanpa Air Kapur

Resepi Oleh: Ummu Ashraf