Masakan Barat

Mushroom Soup Homemade Lebih Sedap Bila Guna Bahan Fresh

mushroom-soup-homemade-lebih-sedap-bila-guna-bahan-fresh

Mushroom Soup Homemade Lebih Sedap Bila Guna Bahan Fresh

Tengahari ni mulut rasa nok makan sup cendawan ala-ala pizza hut, apa lagi godek-godek resepi dari adinda Nor Najihah Mohamed Daud, maka tertunailah hajat mokcik. Alhamdulillah. Sedap, fresh, teramat sedap dan lagi sekali sedap!.

Yang dalam gambar tu mokcik buat banyak terus, mudah nak makan, pack dalam plastik kecik-kecik letak dalm peti beku, nak makan panas je. Pastu, kalo nak makan dengan spageti pun boleh. Mokcik anak ramai kena ejas buat makanan simple dan cepat gini la. Hahah. Jom tengok cara buat;

Bahan Kuah Sup Cendawan:

  • cendawan (dalam tin boleh, yang luar tin pun boleh)
  • 3 sb majerin atau butter
  • 2 hngga 3 ulas bawang merah (Potong dadu)
  • 1 sk lada hitam (blend halus)
  • 1 tin susu segar atau susu sejat- Kalau pekat, boleh tambah 1 cawan air
  • 2 sb tepung gandum
  • stok ayam atau perisa maggi cukup rasa
  • garam gula
  • oregano kalau ada, takda pun takpe, dah sangat sedap

Bahan Roti Bawang Putih:

  • Roti keping
  • Bawang putih cincang halus
  • Majerin atau butter
  • Oregano kalau ada, takda pun takpe

Cara Membuat:

1. Bahagikan cendawan, untuk goreng garing ambik 3 biji, dan selebihnya untuk masuk dalam kuah. Panaskan majerin, goreng cendawan 3 biji tadi yang dah dipotong dadu, sampai garing. Angkat dan ketepikan.

2. Dengan minyak yang sama, tumis bawang yang dah dipotong dadu, hingga garing dan masukkan lada hitam, cendawan yang dihiris dan tepung gandum. Gaul sebentar.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Pasta Goreng Spicy Chili Tuna

3. Masukkan susu dan air, kacau hingga naik wap. Tutup api dan blend adunan tu hingga hancur elok, like creamy gitu. Pastu masukkan balik bahan dalam periuk dan perasakan. Kalau pekat boleh tambah air, ikut kesesuaian anak tekak.

4. Kalau nak cepat, buat step no 3 tadi hingga sedikit menggelegak, perasakan siap-siap dan blend. Terus siap untuk dihidang.

5. Untuk roti, cincang bawang putih dan gaul bersama majerin atau butter. Kalau ada oregano atau parsley boleh letak je, takda pun takpe. Oles pada roti keping dan bakar atas pan atau dalam oven. Sedia dinikmati. Konfem sedap!.

Mushroom Soup Homemade Lebih Sedap Bila Guna Bahan Fresh

Resepi Oleh: Nurul Husna Mohamed Daud