Kek Red Velvet Versi Kek Span Cheese Leleh

Kek Red Velvet Versi Kek Span Cheese Leleh

Mudah-mudahan dengan perkongsian mokcik ni, boleh bantu sikit sebanyok pada golongan yang memerlukan, buat kek dari rumah dan jual slow-slow. Ramai sangat terkesan dengan keadaan ekonomi ni, moga sentiasa ada rezeki untuk kalian dan mokcik. Amin. Ni resepi mokcik sendiri, dan memang ni resepi yang mokcik duk jual selama ni, sangat simple dan sedap insyaallah, moga bermanfaat.

Bahan Kek:

  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sk soda
  • 1 sb cuka makan
  • 1 sb pewarna merah atau paste red velvet

Satukan bahan di atas untuk dijadikan buttermilk.

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sb serbuk koko
  • 1 sk baking powder

Ayak dan asingkan.

  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan majerin
  • 4 biji telur A
  • 1 sb ovallette
  • 1 sk vanila (tak letak takpe)

Bahan Cheese Leleh:

  • 250 g cream cheese
  • 1/3 cawan susu pekat
  • 2/3 cawan air masak
  • 1 cawan fresh cream
  • Sedikit Cheese parut, cheddar cheese (takda pun takpe)

Boleh deko ikut suka.

Cara Membuat:

1. Mix majerin + gula + vanila sampai sebati, tak payah kembang pun takpe. Pastu masuk telur dan ovallette, putar lagi sampai sedikit kembang dan hilang buih kasar.

2. Masukkan bahan ayak dan buttermilk tadi, kacau lagi sapa sebati. Sediakan loyang, oles dengan minyak dan tuang dalam loyang. Kukus selama 40 minit, api sederhana kecil, atau boleh bakar 40 minit dengan suhu 160c.

3. Bila dah cukup masa, cucuk dengan lidi, kalo masih ada kek lekat kat lidi tu, tak masak lagi la. Tambah masa 5 hingga 10 minit macam tu. Cucuk lagi, kalo lidi bersih, masak dah tu. Sisip tepi dan terbalikkan atas pinggan atau papan kek, sejukkan.

4. Untuk cheese leleh; Biarkan cheese lembut dalam suhu bilik, mix sebati dan masuk susu pekat, mix lagi masukkkan air, mix lagi. Masukkan fresh cream, putar hingga sedikit kental, siap. Fungsi fresh cream tu untuk jadikan rasa dia sejuk macam ais krim, dan lemak-lemak manis gitu.

5. Mokcik tak letak susu cair sebab dia jadi punca cheese jadi muak bila makan, tapi terpulang pada selesa masing-masing la ya. Ni cara mokcik. Tahap manis dan cair tu atas masing-masing la ya, boleh ejas. Selamat mencuba!.

Kek Red Velvet Versi Kek Span Cheese Leleh

Resepi Oleh: Nurul Husna Mohamed Daud