Jom Cuba Resepi Blackpapper Roasted Whole Chicken

Jom Cuba Resepi Blackpapper Roasted Whole Chicken

Siap sedia untuk makan malam bersama keluarga. Kite beli barang siap-siap, perap siap-siap… So juicy. Meresap rasa sampai ketulang, tak mo bicara panjang.. dah cuba baru tahu.

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam (800 gram – 1 kg)
  • 2 ulas bawang putih =dicincang*
  • 2 cm halia ditumbuk*
  • Serbuk lada hitam 1 sudu besar*
  • Serbuk paprika 1 sudu kecil*
  • Serbuk cili 1 sudu kecil*
  • Basil kering 1 sudu kecil*
  • Oregano kering 1 sudu kecil*
  • Thyme kering 1 sudu kecil*
  • Perahan air lemon 1 sudu besar*
  • Serbuk perasa Knorr 1 kecil*
  • Garam (agak-agak)*
  • Butter 2 sudu besar*

Cara Perapan:

1. Masukkan kesemua bahan yang bertanda (*) ke dalam mangkuk dan gaul rata. 1 ekor ayam, dilubangkan dengan garpu, supaya rasa meresap ke dalam isi. Sapukan ayam bersama bahan yang dicampur tadi, sapu sehingga rata.

2. Setengah bawang holland dan 3 ulas bawang putih dimasukkan ke dalam ayam. Sediakan benang dan ikat dibahagian kaki bawah ayam. Sediakan plastic wrap atau penutup dan perapkan selama 2-3 jam sebelum dibakar.

Cara Membakar:

3. Panaskan oven dan bakar ayam yang dah diperap tadi pada suhu oven 210C/425F selama 30-40 minit atau sehingga masak. Sambil tu curah-curahkan minyak yang keluar dari ayam ke atas permukaan ayam yang sedang dibakar.

Nota: Jika nak letak kentang/bunga kobis/lobak merah/bawang holland, sapukan dengan olive oil dan taburkan sedikit garam serta serbuk lada hitam. Bakar sekali bersama ayam.

Jom Cuba Resepi Blackpapper Roasted Whole Chicken

Resepi Oleh: Nurul Ateekah