Kek

Red Velvet Cupcakes dengan Cream Cheese Frosting

red-velvet-cupcakes-dengan-cream-cheese-frosting

Red Velvet Cupcakes dengan Cream Cheese Frosting

First time abam buat kek red velvet ni, seriously sangat gebu dan sangat moist!. Frosting pulak dengan cream cheese wow!.

Kegojesan kek ni terletak pada warna red velvet tu sendiri (nama pun red velvet kann), baru la kek nampak berseri dan daring. Kena pandai main dengan warna untuk dapatkan warna red velvet yang cantik (kalau tak kena gaya, warna kek akan jadi pucat). Tapi uolls jangan la risau, abam bagi tips ye macam mana nak dapatkan warna yang cantik tu.

Bahan dan semua sukatan cawan abam pakai cawan metrik ya.

Bahan Kering:

  • 3 cwn tepung gandum (abam low protein flour, boleh beli dekat kedai baking jer)
  • 1/4 cwn serbuk koko
  • 1 sk baking soda
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/4 sk garam

Ayak semua bahan kering & ketepikan

Bahan Basah:

  • Buttermilk (rahsia kek jadi sangat moist) –
  1. 1 1/2 cwn full cream milk (abam pakai brand dutch lady)
  2. 2 1/2 sb cuka putih (boleh juga pakai jus lemon)

Campurkan semua bahan di atas, susu akan jadi pekat sedikit/berketul-ketul atau boleh beli jer buttermilk yang dah readymade ya.

  • 2/3 cwn unsalted butter (abam pakai brand lurpark)
  • 1 1/2 cwn gula kastor
  • 2 biji telur (gred A)
  • 2 sk esen vanilla
  • 2 sk pewarna merah (yang ni abam pakai pewarna jenis paste, memang special untuk red velvet, beli dekat kedai baking, kalau takde boleh jer pakai warna merah biasa tu)
  • 1 1/2 sk cuka putih

Campurkan pewarna bersama cuka putih

Bahan Cream Cheese Frosting:

  • 340g cream cheese (abam pakai brand philadelphia)
  • 225g unsalted butter (abam pakai brand lurpark)
  • 2 cwn gula icing (adjust ikut tahap kemanisan uolls) – make sure uolls ayak gula icing supaya tak berketul, nanti frosting tak smooth
  • 2 sk esen vanilla
Cuba Resepi Ni:  Resepi Chocolate Moist Cake Viral

Krimkan butter dan cream cheese (butter dan cream cheese tak perlu terlalu lembik, keluarkan sekejap jer dari peti ais dah ok dah), masukkan esen vanilla dan gula icing. Pukul sehingga kembang. Siap!.

Cara Membuat:

1. Pukul butter dan gula kastor sehingga kembang (abam pakai stand mixer, nak pakai hand mixer pun boleh). Masukkan telur sebiji demi sebiji, masukkan esen vanilla. Masukkan bahan kering dan buttermilk secara berselang seli sehingga habis.

2. Masukkan pewarna merah (adjust warna sehingga mendapat warna red velvet yang diinginkan (boleh rujuk gambar). Warna adunan seperti warna dusty pink, kalau tak cukup merah boleh tambahkan lagi pewarna merah ya).

3. Masukkan 3/4 daripada saiz cupcakes (jangan letak penuh nanti kek melimpah). Panaskan oven 15-30 minit awal (abam panaskan masa timbang barang-barang nak buat kek). Bakar di dalam oven, api atas bawah pada suhu 170 degree celcius lebih kurang 30-40 minit atau sehingga kek masak.

4. Sejukkan kek dahulu (kalau panas-panas dah letak frosting, nanti frosting cair). Hiaskan dengan cream cheese frosting di atasnya dan hiaskan mengikut kreativiti uolls. Siap dan sedia dimakan!.

Semoga bermanfaat & selamat mencuba guys!

Red Velvet Cupcakes dengan Cream Cheese Frosting

Resepi Oleh: Khairul Hasrol