Kek

Resepi Cream Cheese & Blueberry Pound Cake

resepi-cream-cheese-blueberry-pound-cake

Resepi Cream Cheese & Blueberry Pound Cake

Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan tepung serbaguna atau tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 cawan cream cheese – suhu bilik
1/2 cawan butter – lembut sedikit
1 1/2 cawan gula castor
5 biji telur (50 gm sebiji) – suhu bilik
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh parutan kulit lemon (jika suka)
1 cawan buah blueberry segar – cuci dan toskan

Cara Buat:

1. Panaskan oven pada suhu 170°C. Sapukan sedikit butter dan taburkan sedikit tepung pada keseluruhan loaf pan berukuran 9x5x3 inci. Ketepikan.

2. Di dalam sebuah bekas, satukan tepung dan baking powder. Kacau dengan whisk hingga rata. Ketepikan.

3. Di dalam mangkuk mixer, pukul cream cheese dan butter hingga kembang. Masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang dan sebati. Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul lagi hingga rata.

4. Perlahankan mixer, masukkan esen vanilla, parutan kulit limau dan tepung. Gaul sekejap je, dah sebati dah memadai.

5. Berhentikan mixer. Dengan menggunakan spatula, kaup-balik adunan perlahan-lahan hingga licin dan sebati. Masukkan buah blueberry dan kaup-balik perlahan-lahan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Pisang Gebus Guna Blender

6. Tuangkan adunan ke dalam loaf pan. Bakar (170°C) selama 1 jam atau sehingga masak. Jika dicucukkan lidi dan kek belum masak, tambahkan masa lagi.

7. Bila kek dah masak, biarkan kek berada 15 minit di dalam loaf pan. Kemudian, barulah dikeluarkan dan sejukkan di atas wire rack.

Resepi Cream Cheese & Blueberry Pound Cake

Resepi Oleh: Aini Binte Madon