
Resepi Roti Bakar Inti Buttermilk
Bahan-Bahan:
Bahan A –
1 cawan air suam
1 sdu besar susu pekat
4 sudu besar gula
3 sudu besar yis
(Bancuh bahan A dan biarkan sampai kembang atau berbuih naik)
Bahan B –
4 cawan tepung roti atau tepung high protien
1 sudu kecil bun softoner
2 sudu besar mentega
1 biji telur
1 sudu besar susu tepung (tak letak pun takpe, kalau letak lagi sedap)
(Ramas ramas bahan B sampai rata)
Cara Membuat:
1. Tuang bahan A kedalam bahan B sedikit demi sedikit. Uli sampai elastik dan tidak melekat di tangan. Kalau dah cukup elastik rehatkan doh selama 1/2 jam – 40 minit.
2. Tumbuk doh untuk keluarkan udara. Bulatkan doh sama besar, baru masukan inti. Pastikan ada ruang diantara setiap doh (Saya bahagikan doh ikut saiz bola pingpong).
3. Rehatkan lagi selama 1/2 jam atau sampai naik dua kali ganda. Sementara tu panaskan oven. Bolehla dibakar pada suhu 180c atau mengikut suhu oven masing masing.
4. Sebaik je roti masak, sapu mentega atau butter diatas permukaan roti supaya ia nampak cantik berkilat dan berseri seri.
Inti Butter Milk
Bahan-Bahan:
100 gram salted butter*
30 ml susu pekat manis
120 gram susu tepung (saya pilih nespray)
70 gram gula icing*(saya guna gula yang diblend je)
2 biji kuning telur
3 sudu besar tepung gandum
Cara Membuat:
1. Mix bahan bertanda * sampai sebati . Masukan susu pekat dan telur kuning. Mix lagi, baru masukan susu tepung dan tepung gandum. Mix sebati, siap.
2. Resepi Inti buttermilk ni saya google je tapi saya olah sebab terlalu manis dan cair bila roti dibakar.
Resepi Oleh: Eiyjarn Aziean AnGah dari MAHN