Rahsia Buat Puding Karamel Tekstur Cantik Tak Berlubang
Perasan tak kadang-kadang resepi Puding Karamel ada yang banyak lubang-lubang dalam puding tu. Memang nampak tak berapa menarik rupa kalau ada lubang kan. Apa kata cuba resepi puding karamel ni.
Kak M dah banyak cuba macam-macam jenis resepi puding caramel. Tapi resepi yang ini paling cantik tekstur nya dan paling sedap pada tekak kak M. Rasanya yang sangat lembut, licin, dan manis yang sedang-sedang aje, memang perghh… sedap yakmat.
Makan sejuk apa tah lagi. Ala-ala macam makan taufufa kat pasar malam tu. Buatnya pun senang sangat. Kalau ada tetamu datang dan hidang puding ni, biasanya memang dia orang suka. Budak-budak pun suka.
Untuk adik-adik yang baru belajar memasak pun sesuai sangat. Jom kak M share resepi Puding Karamel yang sedap dan simple nih.
Bahan Lapisan Gula Karamel:
- 5 sudu besar gula
- 2 sudu besar air
Bahan Puding Telur:
- 5 biji telur saiz B
- 1 tin susu cair (400ml)
- 150ml air
- 2 sudu besar susu pekat
- Sedikit esen vanila (kalau tak nak hanyir)
Cara Membuat:
1. Masukkan gula dalam loyang pembakar. Letak atas api kecil aje atas dapur. Ada orang letak air untuk larutkan dulu gula dan kemudian biarkan sampai ia bertukar warna perang.
2. Tetapi ada juga orang tak letak pon air 2 sudu tu. Mana-mana pun boleh. Tapi kene kacau selalu supaya tak hangit. Kita nak warna perang sikit-sikit aje. Kalau pekat sangat atau hangus, nanti pahit jadinya puding ni.
3. Bila gula dah cair dan mula bertukar warna perang, gerakkan loyang supaya karamel rata sesetiap sudut loyang. Sejukkan lapisan gula ini. Ia akan bertukar menjadi keras. So biarkan sementara kita sediakan bahan pudingnya.
4. Untuk lapisan puding telur, campurkan je semua bahan dan pukul rata. Tak perlu sampai kembang sebab kita tak nak angin dalam adunan tu. Kemudian tapiskan supaya puding yang kita jadi licin.
5. Masukkan dalam loyang. Masak guna kaedah bain-marie atau water bath dalam oven (loyang puding, tenggelamkan dalam loyang lebih besar berisi air, bakar 170C api atas bawah) selama 45 – 50 minit.
Nota: Kak M dapati bila kukus kadang-kadang jadi lubang-lubang pudingnya. Mungkin suhu terlalu tinggi jika kukus. Jadi kak M cadangkan untuk bain-marie atau water bath untuk hasil lebih cantik dan licin.
Guna Loyang Bulat Macam Ni, Baru Bentuk Puding Cantik Elok >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Marina Ismail