Puding

Resepi Puding Telur Mata dan Telur Rebus

resepi-puding-telur-mata-dan-telur-rebus

Resepi Puding Telur Mata dan Telur Rebus

Puding kelmarin Azne buat. Sesekali kita buat puding bentuk telur mata dan telur rebus seronok jugakan. Makan pulak sejuk-sejuk time cuaca panas.

Bahan-Bahan:

  • 10 g serbuk agar-agar
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 sudu teh perisa laici
  • 1 sudu besar mangga emulco
  • 2 titik pewarna oren

Cara Membuat:

Puding Telur Mata –

1. Masak air bersama serbuk agar-agar. Bila hampir mendidih masukkan gula. Masak hingga gula larut. Masukkan susu cair. Kacau hingga mendidih.

2. Bahagikan kepada 2 bahagian. 2/3 adunan plain, ditambah dengan perisa laici manakala 1/3 lagi ditambah manggo emulco dan pewarna oren. Sebatikan.

3. Masukkan adunan oren ke dalam acuan kuih lompang. Kita bubuh sekejap di peti beku ye. Supaya ia cepat keras. Masukkan separuh adunan plain ke dalam bekas lain.

4. Keluarkan adunan oren yang telah keras bubuh diatasnya perlahan-lahan. Dan tuang lagi sedikit adunan plain tadi. Sejukkan ia. Bila dah sejuk boleh la dihidangkan.

Resepi Puding Telur Mata dan Telur Rebus

Puding Telur Rebus –

1. Masukkan adunan oren ke dalam acuan. Kita bubuh sekejap di peti beku ye. Supaya ia cepat keras. Masukkan 3/4 penuh adunan plain ke dalam bekas.

2. Keluarkan adunan oren yang telah keras bubuh diatasnya perlahan-lahan. Masa ni adunan plain belum beku lagi. Tapi tak panas dah.

3. Sejukkan ia. Bila dah sejuk boleh la dihidangkan.

Resepi Puding Telur Mata dan Telur Rebus

Resepi Oleh: Aznie Khasri