Resepi Roti Jala Makan Dengan Kuah Manis
Resepinya mudah sahaja, selalu makan roti jala dengan kuah kari kan?. Apa kata kali ni kita try pulak cicah dengan kuah manis, sape suka kita geng!
Bahan-Bahan Untuk Roti Jala:
- 3 cawan tepung gandum
- 1 biji telur (gred b)
- 1 cawan fresh milk (abam pakai dutch lady full cream milk)
- 2 cawan air
- Sedikit garam
- Pewarna kuning secukupnya
Selepas diblend, sekiranya adunan masih pekat, boleh tambahkan air lagi (adjust ikut kesesuaian yer)
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam blender. Blendkan sehingga sebati. Tuang adunan ke dalam botol yang bermuncung untuk menjala.
2. Panaskan kuali (non stick), kemudian jalakan adunan roti jala tadi. Angkat dan gulung. Siap!.
Bahan-Bahan Untuk Kuah Manis:
- 2 ketul gula kerek (nise)
- 2 ketul gula melaka
- 2 ketul gula kabong (kalau takde pun takpe)
- 2 sb gula pasir – adjust ikut citarasa, nak manis boleh lebihkan
- 1 cawan air
- 2 helai daun pandan (disiat-siat & disimpul)
- 1/2 kotak santan kara (200 ml)
- 1/4 cawan susu cair
- 1 sb tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Cara Membuat:
1. Dalam periuk, masukkan gula, air dan daun pandan. Masak sehingga gula hancur. Masukkan santan dan susu cair. Masak sehingga mendidih.
2. Masukkan tepung jagung untuk memekatkan sedikit kuah (kuah manis jangan terlalu cair atau terlalu pekat yer). Siap! Hidangkan roti jala tadi bersama-sama kuah manis☺,
Semoga bermanfaat & selamat mencuba
Guna Kuali Leper Macam Ni Baru Senang Nak Buat Roti Jala >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Khairul Hasrol