Puding Triffle Memang Mudah Sesiapa Pun Boleh Buat

Puding Triffle Memang Mudah Sesiapa Pun Boleh Buat

Puding trifle adalah hidangan peencuci mulut yang terdiri dari lapisan-lapisan berbagai komponen yang biasanya termasuk puding, krim, buah, dan cake. Hidangan ini sering disajikan dalam mangkuk atau cawan kecil sehingga lapisan-lapisannya terlihat dengan jelas.

Komponen utama dalam puding trifle biasanya meliputi:

Puding: Puding trifle seringkali mengandung puding vanila atau puding buah sebagai lapisan dasar.

Cake: Lapisan cake adalah bagian penting dari trifle, dan biasanya menggunakan sponge cake atau cake lain yang dipotong menjadi potongan-potongan kecil. Cake ini sering dijadikan lapisan di atas puding.

Krim: Krim adalah lapisan yang memberikan kelembutan pada trifle. Ini bisa berupa whipped cream, custard, atau lapisan krim lainnya.

Buah: Lapisan buah memberikan rasa segar dan tambahan tekstur. Beberapa buah yang sering digunakan dalam trifle adalah strawberi, ceri, raspberry, atau potongan buah lainnya.

Selain komponen-komponen di atas, trifle juga bisa dihias dengan taburan kacang, cokelat parut, atau hiasan lainnya sesuai selera. Jom cuba buat puding triffle versi Mr. Ali ni.

Bahan-Bahan:

Lapisan Pertama & Kedua:

  • Swiss roll – Jangan beli hat jenis chiffon cake sebab nanti dia lembut sangat bila basahkan dengan air manis.
  • 1 tin cocktail buah – Kalau pakai yang jenis besar macam dalam gambar pakai separuh saja. Tapiskan air dan buahnya
  • setengah cawan gula
  • 3 sudu tepung kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air (1 cawan air 250ml)
  • 5 sudu makan air buah cocktail (Air sahaja)
  • Buah-buahan dari tin cocktail
  • sedikit garam.

Lapisan Ketiga:

  • 5 gram agar agar serbuk
  • 4 sudu makan gula
  • 3 setengah cawan air (1 cawan 250ml)
  • 1 sudu kecil pewarna sirap
Puding Triffle Memang Mudah Sesiapa Pun Boleh Buat

Cara Buat Lapisan Pertama:

1. Susun swiss roll ke dalam acuan yang nak digunakan. Mampatkan dan jangan bagi ada ruang kosong. Basahkan sikit permukaan swiss roll dengan air buah cocktail. Basahkan bagi ada je. Ketepikan.

Cara Buat Lapisan Kedua:

2. Masukkan 1 cawan air, 3 sudu tepung kastard, 1 tin susu cair, setengah cawan gula (100g), 4 sudu makan air buah cocktail tin, sedikit garam dan 5 sudu makan air tin cocktail. Sebatikan dulu baru hidupkan api perlahan.

3. Kacau hingga berkilat dan mendidih. Kena lamakan atas api kalau tak nanti kastard akan jadi lembik sangat. Kena kacau sentiasa supaya tak hangus dibawah. Bila dah mendidih dan berkilat, matikan api dan letak atas swis roll tadi.

4. Kemudian, letakkan buah-buahan cocktail. Biarkan di luar sementara buat lapisan terakhir. Pastikan persekitaran bersih.

Cara Buat Lapisan Ketiga:

5. Masukkan 3 setengah cawan air, 1 sudu makan sirap, 4 sudu makan gula dan 5 gram agar-agar serbuk. Hidupkan api, kacau hingga mendidih.

6. Cucuk-cucuk permukaan kastard tadi dan tuangkan agar-agar sirap. Biarkan di luar selama 30 minit baru sejukkan selama 4 jam dalam peti sejuk. Selamat mencuba!.

Buah dalam Tin Boleh Guna Hosen Fruit Cocktail Fiesta Ni >> https://shope.ee/8KOdyzwJ1u

Puding Triffle Memang Mudah Sesiapa Pun Boleh Buat

Resepi Oleh: Muhammad Ali