Resipi Puding Oreo Beryl’s Gourmet Pure Cocoa
Cara buat puding coklat oreo menggunakan pure coca atau serbuk koko tulin. Memang jelas terasa coklatnya bila dimakan. Kalau nak guna serbuk milo pun boleh.
Bahan-Bahan:
- 1 bungkus agar-agar @ 20gm
- 5 cawan air
- 2 cawan gula
- 1 tin susu cair (400gm)
- 1 cawan Beryl’s Gourmet Pure Cocoa Powder/milo
- 1 bungkus Oreo (137gm)
Cara Memasak:
1. Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut. Kemudian masukkan gula. Kacau dan biarkan hingga larut baru masukkan susu cair. Masak hingga mendidih. Kacau betul-betul ya, kemudian tapis.
2. Asingkan 4 cawan adunan agar-agar ke dalam periuk yang lain dan campurkan Beryl’s Gourmet Pure Cocoa Powder atau serbuk milo. Kacau hingga sebati.
3. Tuangkan 2 cawan campuran pure cocoa atau milo ke dalam loyang atau acuan. Masa ini api untuk periuk adunan pure cocoa/milo dikecilkan dan sentiasa dikacau untuk elak agar-agar membeku.
4. Apabila permukaan agar-agar pure cocoa/milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Taburkan kesemua Oreo.
5. Apabila permukaan agar-agar putih oreo sudah mengeras, tuang lapisan akhir dengan lebihan agar-agar pure cocoa/milo (puding akan ada 3 lapisan). Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sudah dingin baru masukkan dalam peti sejuk.
Tip Untuk Melapis Supaya Puding Melekat Sempurna
- Jangan tunggu sehingga lapisan membeku, takut tidak melekat dengan lapisan berikutnya.
- Jika sudah mengeras, guriskan permukaan lapisan dengan garpu sebelum tuang lapisan seterusnya.
- Pastikan adunan agar-agar sentiasa panas di atas api supaya dalam melekat dengan baik dengan adunan sebelumnya.
Guna Beryl’s Gourmet Pure Cocoa Powder Lebih Sedap >> https://shope.ee/B311p9iWB
Resepi Oleh: Reen Khan