Resipi Puding Air Kotak Guna Tiga Bahan
Puding Lockdown namanya. Saya dah buat. Tapi guna air kotak kecil tu. Untuk penyejuk tekak. Air kotak ikut suka ya nak perisa apa pun, saya beli dekat Petronas, senang boleh pilih satu-satu mana suka. Terliur tengok Isaac osman makan dekat youtube sebenarnya tu yang ikut buat. Resepi kat bawah yer.
My personal review, paling sedap dekat bawah ni puding yang Kurma Farm Fresh Milk. Rasa lembut je yang lain kureng. Maybe ikut atas air kotak tu jugak dan jangan buat terlalu keras. Apa pun saja-saja nak merasa apa salahnya kan?.
Bahan-Bahan:
- 250ml air kotak (ikut suka ya nak perisa apa)
- 2 sudu besar gula (boleh cut/kurangkan)
- 1 sudu teh serbuk agar-agar (Clear)
Cara Membuat:
1. Potong bahagian atas air kotak atau sediakan bekas. Masukkan air kotak tadi ke dalam periuk bersama gula dan agar-agar. Kacau sebentar.
2. Panaskan atas api kecil. Bila nampak nak mendidih, tutup api dan biarkan sejuk seketika di dalam periuk sebelum dimasukkan ke dalam kotak atau bekas.
3. Tunggu adunan sejuk dan masukkan dalam peti ais. Bila puding dah keras, siap sedia untuk dimakan. Boleh potong ikut suka dan makan sejuk-sejuk. Anak-anak tengok ni mesti depa pun seronok.
Nota:
- 1 paket serbuk agar-agar saya dapat buat 4 kotak puding.
- Air kotak boleh guna yang isi 200-250ml.
WARNING: Disebabkan saya ada terima makluman yang sahabat kita ada yang bantu cek dengan Public Health Malaysia untuk bertanya adakah selamat penggunaan bekas air kotak dimasukkan adunan untuk membuat puding, oleh itu disarankan semua menggunakan bekas yang selamat dan memastikan adunan dibiarkan sejuk seketika sebelum masuk ke dalam bekas. Terima kasih untuk keprihatinan anda.
Makan apa pun semua mesti berpada-pada ya untuk kesihatan.
Boleh Guna Acuan Macam Ni Untuk Puding Kelihatan Cantik dan Menarik >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Nur Ida


