
Puding Buah Mudah Bahan Pun Senang Cari
Salam dan hi semua. Alhamdullilah kali ni saya nak berkongsi resepi legend mak saya. Kali ni resepinya ialah Puding Buah by Mak Mr.Ali. Mudah sahaja dan bahan-bahan pun senang nak cari.
Satu adunan akan dapat loyang 8 x 8 inci petak tapi dalam gambar ni sebab takde loyang tersebut jadi pakai loyang 7 x 4 inci + 1 bekas sq1500.
Bahan-Bahan:
- 30 gm agar-agar tali (nak pakai jenis serbuk pun boleh. Sukatan sama sahaja)
- 1 + 1/4 cawan gula
- 1 tin buah campur
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastad dibancuh dengan sedikit air
- 4 biji telur gred B
- Sedikit garam
- Sedikit esen vanilla
Cara Membuat:
1. Agar-agar dibasuh dan masak dengan 7 cawan air. Bila dah cair, masukkan gula dan masak lagi hingga gula larut. Dalam mangkuk lain, pecahkn telur dan kepuk-kepuk manja dan curahkan ke dalam susu cair bersama-sama tepung kastad yang sudah dibancuh.
2. Selepas dah curahkan dalam susu cair, gaul dulu dalam seminit dan masukkan dalam periuk bersama air buah tadi. Api sederhana dan kacau hingga mendidih tanpa gagal. Selepas itu, bila dah mendidih, masukkan buah campur, esen vanila dan sedikit garam (nak masukkan esen vanila dan garam awal-awal dalam susu cair pun boleh).
3. Setelah 2-3 minit tutup api. Angkat dan tuang dalam loyang. Selepas 10-15 minit baru masukan dalam peti sejuk. Biarkan set dalam 2-3 jam sahaja dan terus boleh makan. Nak pakai buah potong ikut citarasa hampa pun boleh, takde masalah.
Selamat Mencuba semua! Boleh buat sebagai pencuci mulut juga. Yang nak buat jualan tu buatlah ya. Tiada masalah. Semoga bermanfaat resepi mak saya ini. insyaAllah.
Resepi Oleh: Muhammad Ali