Ikan Patin Masak Tempoyak Citarasa Asli Pahang
Buatnya pun mudah jom korang. Tips hilangkan bau hanyir ikan sungai ni zie ada share di bawah.
Bahan-Bahan:
- 2 ekor ikan patin saiz sederhana – Kalau besar tak sedap sangat. Zie rendam 1 jam dengan air tepung untuk hilangkan bau hanyir ikan (ikan direndam ni letak dalam peti dah siap rendam cuci bersih)
Bahan Kisar:
- 8 biji cili padi merah atau ikut pedas disukai
- 2 inci kunyit hidup
- 1 mangkuk kecil tempoyak (jika kurang boleh lebihkan)
- Kisar semua bahan ni hingga sebati
Bahan Berikutnya:
- 1 kuntum bunga kantan dihiris 4
- Beberapa tangkai daun kesum
- Garam, gula,serbuk perasa secukupnya
- Air mengikut banyak kuah yang disukai
- 1-2 keping asam gelugur
Cara Memasak:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali ikan, daun kesum dan bunga kantan.
2. Bila kuah dah mendidih bolehlah masukkan ikan. Jika kuah cair tambahkan lagi tempoyak. Jika kurang kuning masuk sedikit serbuk kunyit.
3. Seterusnya, masukkan pula bunga kantan dan daun kesum. Bila semua bahan dah sebati dan ikan pun dah masak, sedia untuk dihidangkan.
Boleh Dapatkan Tempoyak Asli Fresh (Bungkusan Kemas) >> https://shope.ee/9zWqLUwTL8
Resepi Oleh: Aisyah Humaira