Manisan

Resepi Agar-Agar Pandan Santan Sedap dan Mudah

resepi-agar-agar-pandan-santan-sedap-dan-mudah

Resepi Agar-Agar Pandan Santan Sedap dan Mudah

Cara buat resepi agar-agar pandan santan. Yang penting sedap, mudah, rasa berlemak. Jom buat!

Bahan-Bahan: Loyang 8 inci

  • 12 gram agar agar tali
  • 4 cawan air
  • 4-5 helai daun pandan
  • 200ml santan
  • 1 biji telur
  • 125 gram gula / setengah cawan gula (Resepi ni saya memang kurangkan gula, kalau nak manis boleh lebihkan okay)

Cara Membuat:

1. Blend 4-5 daun pandan dengan 1 cawan air. Dah siap blend tapis. Siap air pandan.

2. Kacau sebati 200 ml santan serta 1 biji telur gred A. Kalau pakai santan kotak, pakai brand KARA. Berlemak elok. Kalau nak blend santan dengan telur pun boleh. Texture lebih halus. Dah siap ketepikan.

3. On api, masukan 4 cawan air serta 12 gram agar agar tali. Biarkan mendidih. Api sederhana. Bila dah mendidih, masukan 125 gram gula, air pandan, santan dan telur serta 1 sudu kecil pewarna hijau. Kacau sebati. Kena kacau dulu supaya tak bergumpal.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Serawa Labu

4. Dah sebati. Biarkan mendidih 1-2 minit. Jangan kacau dalam masa ni sebab nk bagi santan dia terpisah dengan air. Bila dah 1-2 minit, Off api. Kacau beberapa saat dan terus masukan dalam loyang 8 inci.

5. Biarkan set suhu bilik 30-40 minit. Selepas itu baru masukan dalam peti selama 2 jam. Then dah boleh makan. Selamat mencuba.

Resepi Agar-Agar Pandan Santan Sedap dan Mudah

Resepi Oleh: Muhammad Ali