Kuih Muih

Resepi Donut Kampung Berperisa Pandan

resepi-donut-kampung-berperisa-pandan

Resepi Donut Kampung Berperisa Pandan

Tetiba teringin nak makan donut, apa lagi zass buat sikit untuk minum petang bersama keluarga tersayang.

Bahan-Bahannya:

  • 500g tepung gandum + 50g lagi kalau doh terlalu lembut masuk sikit sikit ye
  • 2 biji telur grade A
  • 50g susu tepung
  • 100g gula pasir
  • 3 sudu teh yis instant
  • 250g air ais *
  • 1/2 sudu kecil pandan esen *
  • 1/2 sudu kecil perisa pes pandan *

+ Campur sekali bahan bertanda *

  • 80g butter/planta
  • secubit garam

Caranya:

1. Campur bahan kering, masukan telur, tuang air + pandan esen + perisa pes pandan sedikit demi sedikit, uli guna mixer sampai elastik.

2. Masukkan butter dan garam, putar lagi sampai sebati dan elastik, check windaowpane kalau ada makna dah siap uli.

3. Timbang seberat 50g dan bulatkan, perapkan 10 minit, tekan nipis sikit dengan penekan kek lapis, buat lubang dengan pelubang donat atau tutup botol. Dapat dalam 24 donuts.

4. Perap lagi selama 30 minit, siap untuk digoreng. Goreng dengan api sederhana besar. Gaul donut dengan gula kastor, siap untuk dihidang.

Resepi Donut Kampung Berperisa Pandan

Resepi Oleh: Lina Thomas