Biskut, Kuih Raya

Resepi Biskut Coklat Chips Leleh Rangup

resepi-biskut-coklat-chips-leleh-rangup

Resepi Biskut Coklat Chips Leleh Rangup

Sebelum ni zie dah pernah kongsi resepi ni. Biskut coklat chips leleh dan ranggup, zie up semula untuk kawan-kawan yang tengah ada mood buat biskut raya tu. Wajib cuba kerana bahan-bahan yang diguna untuk resepi ni sangat berpatutan namun mampu menghasilkan kelazatan tahap premium, yang penting teknik mesti betul mesti jadi!.

Bahan-Bahan dan Cara Membuat:

  • 2 cawan penuh marjerin seri pelangi
  • 1 cawan setengah gula perang kasar atau kemanisan boleh ikut selera masing-masing
  • 3 sudu teh coklat emulco
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 2 biji telur saiz c
  • 6 sudu besar minyak masak

Kacau semua ni sekadar sebati sahaja jangan sampai kembang, masukkan pula;

  • 5 cawan tepung gandum beker choice @ cap ros yang telah diayak
  • 1 cawan tepung jagung yang telah diayak
  • 1 sudu besar emplek
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1 sudu besar cream off tartar
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu teh cuka makan

Kacau semua sebati.

Masukkan lagi;

1. 1 cawan penuh dark coklat chips yang telah disejukkan dari peti ais. Kacau semua sebati. Adunan memang lembik dan melekat pada tangan tapi jika terlalu lembik boleh tambah tepung sedikit lagi dan kacau sebati.

2. Ambil adunan sedikit cuba rasa manis tawarnya jika terlalu tawar tabur gula sebatikan. Simpan 30 minit dalam peti sejuk. Cukup 30 minit keluarkan, biarkan sebentar dan sudukan adunan susun atas loyang.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Biskut Mazola

3. Bakar dalam oven dengan suhu 150c selama 25-30 minit atau sehingga masak. Tanda masak biskut keperangan sedikit dibahagian bawah. Biarkan sejuk pada suhu bilik baru susun dalam bekas kedap udara.

Bahan Topping leleh:

  • 2 cawan coklat coin beryls
  • setengah cawan minyak masak

Cara Membuat: Cairkan coklat kaedah double boiler atau cairkan dalam microwave. Masukkan minyak kacau sebati biarkan coklat sejuk baru tuang atas biskut. siap.

Resepi Biskut Coklat Chips Leleh Rangup

Resepi Oleh: Aisyah Humaira