Nampak Cantik Berseri Puding Lapis Buah Naga
Satu lagi resepi puding yang boleh anda cuba, puding buah naga. Nampak cantik elok dan berseri, rasa sayang nak makan. Tapi bila cuba sekali pasti nak makan lagi sebab rasa manis buah naga dengan jelly tu memang kena sangat. Jom cuba!
Bahan-Bahan:
Lapisan Puding –
- 2 setengah cawan air
- 7g serbuk agar-agar (guna yang 1 paket 10g tu sahaja)
- 1 tin susu cair
- setengah cawan gula (100g)
- setengah cawan dairy whipping cream (optional)
- setengah cawan buah naga yang dikisar halus
- sedikit garam
Lapisan Jelly –
- 3 g serbuk agar–agar
- 2 setengah cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan buah naga yang dikisar
Cara Membuat:
Lapisan Puding –
1. Masukan kesemua bahan lapisan ini, kacau sampai mendidih. Dah mendidih matikan api dan masukkan buah naga yang dipotong dadu. Sebatikan. Tuang separuh sahaja dari adunan ke dalam loyang 8 inci. Bagi suam dulu baru masuk dalam peti sekejap sementara buat lapisan jelly.
Lapisan Jelly –
2. Masukan semua bahan dan kacau sampai mendidih. Matikan api dan tuang perlahan-lahan ke atas puding tadi. Jika puding anda sudah mengeras sepenuhnya, wajib cucuk-cucuk dengan garpu. Jika puding anda masih separuh set (boleh nampak texture puding berkedut-kedut sikit jika digoyangkan), means dia separuh sejuk jadi tak perlu cucuk.
3. Tuang perlahan-lahan dan sejukkan dalam peti selama 5 minit. Adunan puding pastinya akan mengeras balik. Jadi lebihan tadi panaskan atas api balik dan tambah air suam sikit. Kacau hingga mendidih dan mendidih matikan api dan tuang perlahan-lahan keatas jelly tadi.
4. Sejukkan selama 4 jam dan boleh makan! Selamat mencuba!.
Guna Loyang Petak 8×8 Inci Macam Ni. Senang Nak Potong & Keluarkan Puding >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Muhammad Ali