Resipi Puding Lapis Cendol Gula Merah
Kalau kuih talam, serimuka pandan paling win tapi untuk puding, ni paling digemari customer Puding Cendol. Tak jual pack kecik tapi seloyang boleh jadikan pack kecik (16 pack atau 4 pcs). Boleh jadikan salah satu menu jualan bazar ramadan. Loyang 10×10.
Bahan Lapis Bawah:
- 150g gula pasir
- 1 1/2 tbsp serbuk agar-agar (Japan)
- 1/2 tsp garam
- 500ml air
- 300 ml santan (akak guna kara)
- 200g cendol/1 peket kecil (tapis)
Cara Membuat:
1. Masak agar-agar, gula, dan garam sampai didih baru masuk santan. Didihkn kejap, tapis baru masukkan cendol.
2. Tuang dalam loyang 10×10 yang dah dibasahkn dengan air untuk senang dikeluarkan bila dah beku nanti. Cakar permukaan dengan garfu sebelum tuang lapisan atas.
Bahan Lapisan Atas:
- 200g gula merah timbang
- 2 helai daun pandan
- 500 ml air
Masak gula hingga didih dan tapis guna penapis kain untuk teh (tak berpasir)
- 1 1/2 tbsp serbuk agar-agar
- 1/2 tsp garam
- 300ml santan
- 2 biji kuning telur
Cara Membuat:
3. Didihkan agar-agar dalam air gula merah yang dah ditapis tadi. Masukkn kuning telur dalam santan, kacau rata baru tuang dalam campuran gula merah sambil kacau supaya tak berketul.
4. Didihkan sekejap, tapis baru tuang ke atas lapisan cendol yang dah dicakar. Semasa tuang, tadah dengan senduk untuk elakkan lapisan bawah berlubang.
5. Sejukkan dahulu baru potong 8×8, boleh dapat 64 pcs (guna cutter gerigi lebih cantik).
Nota: Kalau dapat order banyak, contoh 10 loyang, masak sekali harung. Jauh lebih cepat siap banding kuih talam contoh talam cendol.
Boleh Guna Loyang 10 Inci Macam Ni Baru Agar-Agar Senang Untuk Dipotong >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Sapurah Rajulan


