Sangat Mudah Oreo Truffles Cheese Sedap Berkrim
Projek bersama anak-anak time cuti sekolah. Oreo Truffles, lembut kat dalam. Crunchy kat luar, semudah ABC. Gabungan cream cheese buatkan truffle ni sangat sedap dan creamy. Makan pulak sejuk-sejuk dari peti ais, memang layan.
Bahan-Bahan:
- 2 paket biskut oreo (54 keping) – diblend halus
- 250 gm cream cheese
- 400 gm coklat masakan – dicairkan
- 1 sudu besar butter/marjerin
- Manik warna/coklat rice
Cara Membuatnya:
1. Biskut oreo diblend hingga halus termasuk krim coklatnya. Kemudian, campur dengan cream cheese. Gaul hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan.
2. Bulat-bulatkan doh. Saya dapat 63 biji truffle, bergantung kepada saiz yang kita buat juga ye. Kemudian, simpan di dalam peti ais selama 30 minit supaya ia sedikit keras.
3. Cairkan coklat dan butter/marjerin dengan cara double boiler. Celup bebola ke dalam coklat dan masukkan ke dalam paper cup. Hias dengan manik warna atau coklat rice.
4. Sejukkan di dalam peti ais semula selama 30 minit hingga coklat keras. Hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais. Lembut di dalam, crunchy di luar dan sangat creamy.
Guna Coklat Masakan Jenis Ni Rasa Lebih Sedap >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Nor Al Fatihah T-hah