Resepi Puding Lapis Pandan Santan Lemak Manis
Jom hari ni kita buat puding lapis pandan dan santan. Resepi ini menggunakan perisa pandan dan santan kelapa asli. Memang cukup rasa lemak manis santan dan wangi dari daun pandan. Kalau disimpan boleh tahan 4-5 hari di dalam peti sejuk.
Bahan-Bahan: Loyang 8 inci
Lapisan Pertama –
- 10g agar agar serbuk (1 paket)
- 4 cawan air (1 liter)
- air pandan yang dikisar (5 hingga 6 helai dau pandan + 1 cawan air. Kisar & tapis)
- 3/4 cawan gula (150g)
- sedikit essen vanila
Lapisan Kedua –
- 2 setengah cawan air
- 10 gram agar agar serbuk
- 3/4 cawan gula (150g)
- 200g santan pekat
- 1 tin susu cair (370ml)
- sedikit garam
Cara Membuat:
Lapisan Pertama –
1. Masukkan kesemua bahan lapisan pertama ke dalam periuk, kacau sebati dulu baru hidup api perlahan. Kacau hingga mendidih. Anggaran dalam 15 minit, kacau hingga mendidih. Bila dah mendidih, matikan api dan kacau lagi 5 minit dan sila tapis.
2. Satu layer saya buat dalam sukatan 1 cawan (250ml). Wajib guna cawan atau apa-apa bekas yang ada sukatan supaya layer sekata. Jadi tuang layer pertama dan sejukkan dalam peti ais selama 5 minit.
3. Lebihan adunan pertama ni letak atas loyang atau apa-apa bekas dan isikan dengan air panas supaya agar-agar lebihan tadi tidak mengeras.
Lapisan Kedua –
4. Masukkan kesemua bahan lapisan inib dalam periuk, kacau sebati dulu baru hidup api perlahan. Kacau hingga mendidih. Anggaran dalam 20 minit, kacau hingga mendidih. Bila dah mendidih, matikan api dan kacau lagi 5 minit.
5. Tuang perlahan-lahan ke atas lapisan pertama tadi dan sejukkan selama 5 minit. ULANG CARA YANG SAMA BAGI SETIAP LAYER SAMPAI HABIS ADUNAN. Setiap lapisan wajib SEJUKKAN SELAMA 5 minit di dalam peti ais baru tuang layer seterusnya.
6. Walaupun kita dah tuang air panas supaya lebihan puding tidak mengeras sewaktu tunggu setiap lapisan tu sejuk, jadi jangan risau panaskan balik atas api perlahan sampai adunan cair balik dan tambahkan sedikit air.
7. Lapisan terakhir boleh sejukkan selama 2-3 jam dalam peti ais. Dah siap! Ketahanan puding ini selama 4-5 hari di dalam peti ais. Selamat Mencuba!.
Guna Loyang 8 Ini Macam Ni Untuk Ukuran Puding Yang Sesuai >> LIHAT DI SINI
Resepi Oleh: Muhammad Ali