
Mesti Cuba Rempeyek Asli Jawa Warisan Keluarga
Assalamualaikum, di pagi hari jumaat yang penuh barakah dan disamping kedatangan bulan Ramadhan yang mulia, saya ingin sedekah kan resepi rempeyek asli Jawa warisan keluarga saya. Di sini ape yang saya nyatakan 100% tanpa sembunyi kan ape-ape bahan mahu pon tips, ikutlah sepenuhnya. In Shaa Allah anda akan dapat hasilnya yang amat memuaskan hati. Saya halal resepi ni dikongsi atau untuk dibuat niaga.
Bahan-Bahan:
- 1 kampit/500gm tepung beras (cap teratai) – Bukak siap-siap tuang dalam periuk.
Bahan Kisar:
- 1 kotak kecil santan kara + 3 kotak air biasa (guna kotak santan yang same)
- 2 biji telur
- 7 biji buah keras
- 5 biji bawang putih
- Suku sudu kapur sirih (bukan air ya, nak kan kapurnya)
- 1 sudu besar garam
- 1/2 sudu besar Aji
- Sejemput ikan bilis atau udang kering
Blend semua bahan sampai halus. Tips untuk dapat rempeyek yang cerah. Blend kering asing rempah dibawah.
Bahan Rempah:
- 5 sudu besar ketumbar
- 1 1/2 sudu besar jintan manis
- 1 1/2 sudu besar jintan putih
Blend halus nak separuh kasar pon boleh.
Cara Membuat: Tuang semua bahan blend dalam periuk tepung dan gaul rata hingga sebati. Siap.
Di sini saya nyatakan tips-tips berdasarkan pengalaman dan kesilapan-kesilapan yang saya belajar disepanjang saya buat rempeyek ini;
1. Untuk tau rempeyek kita dah masak sepenuhnya, bila kita sirai tepi kuali, jatuhkan dalam minyak terus terbalikkan permukaan kacang dalam minyak biarkan dalam 3 minit (api tak leh besar, masak rempeyek slow and steady je untuk hasil yang terbaik).
2. Lepas tu balik semula, nak tau peyek kita dah masak sepenuhnya, lihat belakang permukaan yang tak de kacang. Warna dia mesti sekata, kalau disekeliling kacang masih berwarna cerah maknanya belum masak lagi. Angkat gorengan bila semua warna sekata, nak tau kacang kita dah masak ke belum, pastikan dah tak de buih-buih.
3. Untuk tips guna kacang hijau, hanya rendam semalaman, esoknya tapis dan lalukan air, toskan dah boleh guna.
4. Untuk kacang dal, rendam semalaman esoknya bilas. Rebus dalam 20 minit, bilas dengan air hingga hilang panas dia toskan, ok dah boleh guna. Ok dh siap.
Resepi Oleh: Nita Maira