Biskut, Kuih Raya

Biskut Kacang Hijau Topping Oreo Lemak Manis

biskut-kacang-hijau-topping-oreo-lemak-manis

Biskut Kacang Hijau Topping Oreo Lemak Manis

Biskut rasa lemak-lemak manis yang makan satu tak cukup, Biskut Kacang Hijau atau Biskut Green Peas. Saya tabur oreo as topping, nak tabur kacang hijau tumbuk pun nyaman. Ikut selera masing-masing.

Bahan A:

  • 180g Tepung Gandum di ayak terlebih dahulu. KC guna jenama bakers choice
  • 200g Tepung kacang hijau beli dikedai bakeri)
  • 1/8 tsp Soda bikarbonat
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp garam
  • 110g gula aising
  • 60g tepung jagung
  • Jika takde tepung jagung boleh gantikan dengan tepung ubi

Bahan B:

  • 1 tsp esen vanila
  • 60g butter dicairkan (KC guna buttercup or any butter yang anda suka)
  • 125g minyak mazola

Cara Membuat:

1. Masukkan bahan A ke dalam mixer atau gaul manual guna senduk dan ratakan. Dah rata, masukkan bahan B dan uli-uli guna tangan atau mixer sampai menjadi doh.

2. Jika adunan masih berderai, tambahkan sedikit lagi minyak sampai menjadi doh yang tak lembik sangat dan tak jugak keras sangat. Sedang-sedang saja. Setelah itu boleh lah dileperkan dalam 5 mm – 8 mm. Jangan tebal sangat nanti lambat nak masak bila bakar.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Biskut Lapis Keju

3. Lepas dileperkan boleh lah tekap dengan acuan bulat atau any bentuk anda suka. Susun dalam dulang pembakar yang telah dioleskan dengan sedikit minyak atau boleh guna baking paper.

4. Sapukan kuning telur di atasnya dan tabur oreo jika suka. Nak tabur kacang peas tumbuk pun boleh. Bakar dalam oven dengan suhu 160C selama 20 minit api atas bawah mengikut kapasiti oven masing-masing.

5. Dah masak, sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam balang. Selamat mencuba.

Biskut Kacang Hijau Topping Oreo Lemak Manis

Resepi Oleh: Shida Razak KC.