Kuih Muih, Sarapan

Resepi Cakoi Berongga Di Dalam Crispy Di Luar

resepi-cakoi-berongga-di-dalam-crispy-di-luar

Resepi Cakoi Berongga Di Dalam Crispy Di Luar

Harini nak share cara buat cakoi yang cantik berongga di dalam, lembut, dan kekal crispy di luar. Ini adalah hasil menu minum petang tadi. Gambar semasa proses buat doh tak ada ya sebab terlupa nak ambil gambar. Bila tengok doh menjadi cantik tu kita start ambil gambar untuk di kongsi di sini.

Bahan A:

  • 1 peket instant yis
  • 4 sdb gula pasir
  • 1 cawan air suam

Satukan bahan di atas sampai kembang/berbuih.

Bahan B:

  • 1 kg tepung gandum (saya guna cap sauh)
  • 1 sdb ammonium bicarbonate @ garam ammonia
  • 1 sdb baking powder
  • 1 sdb garam halus
  • 8 sdb minyak masak
  • 2 cawan air suam

Cara Membuat:

1. Campur kesemua bahan B dalam bahan A. Air dimasukkan sedikit demi sedikit. Uli sampai bahan sekata dan melekit di tangan. Tekstur adunan memang akan lembik ya. Biarkan doh selama 30 minit untuk bagi doh naik/kembang. Jangan lupa tutup dengan tuala.

2. Taburkan sedikit tepung gandum di atas papan canai supaya doh tak melekat di atas permukaan tersebut. Ambil dalam sedikit doh dan canaikan secara memanjang. Potong dalam jarak 1 inci. Gunakan lidi satay yang dicelup dalam air masak biasa untuk tujuan melekatkan dua potongan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Apam Jagung Mudah Disediakan dan Sedap

3. Ambil satu potongan kemudian letakkan di atas satu potongan lain yang telah diletakkan sedikit air dan kemudian tarik sedikit secara memanjang sebelum digoreng. Goreng sehingga warna keperangan dan kemudian siap untuk dinikmati!.

Nota: Ammonia bicarbonate boleh didapati di mana-mana kedai yang menjual bahan bakeri atau boleh dapatkan di sini >> https://shope.ee/4pjJf1xUwg

Selamat Mencuba!

Resepi Cakoi Berongga Di Dalam Crispy Di Luar

Resepi Oleh: Aishah Md Noor