Kuih Muih

Resepi Apam Pisang Cara Orang Dulu-Dulu Tak Letak Telur

resepi-apam-pisang-cara-orang-dulu-dulu-tak-letak-telur

Resepi Apam Pisang Cara Orang Dulu-Dulu Tak Letak Telur

Assalamualaikum dan selamat petang. Teringin nak makan apam pisang. Dah lama simpan resepi ni, resepi dulu-dulu tak bubuh telur pun. Akak bagi resepi kalau nak cuba, senang je nak buatnya.

Bahan-Bahan:

  • 11 biji pisang emas/kapas
  • 2 1/2 cawan tepung gandum*
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • 1 sudu marjerin.
  • Setengah cawan gula pasir
  • 2 sudu gula pasir untuk buat gula hangus dengan 1/2 cawan air panas. Dah masak sejukkan sebentar.

Ayakkan bahan yang bertanda *

Cara Membuat:

1. Lenyek pisang dengan gula, marjerin sampai hancur, kemudian masukkan air gula hangus tadi dan tepung yang sudah diayak. Kacau sebati, masukkan adunan dalam loyang yang sudah dialas dan di sapu minyak.

2. Kukus adunan dalam 40 minit atau sehingga masak. Pastikan kukusan dipanaskan terlebih dahulu hingga mengelegak. Sekian dan selamat mencuba.

Guna Tepung Gandum Berkualiti Baru Menjadi >> https://shope.ee/9zPtL8x4RU

Resepi Apam Pisang Cara Orang Dulu-Dulu Tak Letak Telur

Resepi Oleh: Norainon Misnor