Sambal & Pencicah

Menu Pembuka Selera Acar Talang Ikan Masin

menu-pembuka-selera-acar-talang-ikan-masin

Menu Pembuka Selera Acar Talang Ikan Masin

Acar Talang Ikan Masin ni antara menu pembuka seleqa masa makan. Ni ceq bagi sekali bahan-bahan dan sedikit petua yang ceq guna untuk buat Acar Ikan Talang Masin ni, tak susah pon tapi kena hati-hati sebab panaih masa nak kacau tu. Tapi tang sukatan tu ‘Double AA’ (Agak-agak). Kena dengan nasi putih kosong panaih, panaih dap wei.

Bahan-Bahannya:

  • Isi ikan talang masin basuh bersih potong kecik – kecik yang telah siap digoreng
  • Cabai kering basuh bersih jemoq bagi kering lepaih tu goreng sat ataih minyak dan kisaq haluih guna minyak atau ayaq
  • Bawang rose (india), halia potong mancis, bawang putih (bawang tu hampa biaq kupaih biaq sebijik – sebijik)
  • Buah jeruk basah (ceq guna Pak Ali) Beli Di sini >> https://shope.ee/8eqDknIBSE
  • Buah jeruk kering (ikut suka hampa) Beli Di sini >> https://shope.ee/7pH6lU2dhB
  • Cabai melaka (ceq guna hat kampung baqu pedaih berdesing)
  • Gula perang secukupnya (gula biasa pon boleh)
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
  • Cuka apple (kalau hat biasa pon boleh)
  • Halba campoq
  • Kas-kas (kalau ada)
  • Sedikit ghempah gulai Ikan atau daging
  • Bijik lenga (sangai tanpa minyak)

Cara Membuat:

1. Ambik bawang rose, bawang putih, halia dan cabai melaka rendam dalam cuka lepaih tu rebuih sat sampai mendidih. Katup api biaq sampai sejuk.

2. Panaskan minyak, tomeh halba campoq dan kas-kas sampai naik bau. Boh cabai kisaq dan ghempah dan gulai kacau sampai wangi (tengebit minyak elok). Kecikkan api, boh gula (ceq suka boh awai) dan kacau sampai gula jadi agak pekat.

3. Kecikkan api, boh bahan-bahan yang dah direbuih dengan cuka tadi (AMARAN KENA HATI-HATI MASA NI NANTI WAP PANAS TU KALAU KENA TANGAN MAU MELEPOH WEI! HABIS SEGALA BULU-BULU YANG ADA).

Cuba Resepi Ni:  Cara Mudah Buat Garlic Chili Oil

4. Kacau bagi sebati, lepaih tu boh la buah jeruk basah, kering, ikan talang masin dan sedikit garam. Kacau sampai jadi warna segak berkilat. Boh biji lenga dan kacau sat, katop api.

5. Sejukkan, hampa kena peram sat dalam sehaqi dua tau, tak boleh makan lagi. Lepaih tu, hampa kacau balik guna api pelan. Dah siap untuk dihidangkan selamat mencuba, seriously sedap.

Menu Pembuka Selera Acar Talang Ikan Masin

Resepi Oleh: Muhamad Farid Omar