
Kuih Bakar Berlauk Mudah Bakar Atas Dapur
Lembut, inti banyak rasa lemak-lemak kuihnya. Terima kasih Santan Kelapa S&P Santan memang terbaik Sedap melampau. Lepas ni boleh buat lagi bagi saudara mara pula rasa mesti terangkat. Bakar atas dapur tak perlu oven tau, senangkan.. Jom tengok bahan-bahan yang menggiurkan tu.
Bahan Inti:
- 3 keping daging burger (Boleh guna daging segar & dikisar)
- 1 biji bawang holland – potong dadu
- 2 ulas bawang putih – potong dadu
- 1 mangkuk kecil sayur campur (mixed vege)
- 1 pokok daun bawang & daun sup – diracik halus
- 3 sudu makan rempah kari daging
- 1 sudu makan cili kisar
- 2 sudu makan gula
- 1 sudu kecil garam atau secukup rasa
Bahan Adunan:
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 200 ml Santan Kelapa S&P (1 kotak kecil)
- 400 ml air
- 2 biji telur
- 1/2 sudu kecil garam halus
- sedikit pewarna kuning – jika suka
Bahan Hiasan:
- Cili besar merah – dihiris
- Daun bawang & daun sup
Cara Membuat:
Inti –
1. Satukan rempah kari dan cili kisar bancuh dengan sedikit air jadikan pes. Panaskan minyak tumis bawang hingga layu, kemudian masukkan rempah tadi masak hingga pecah minyak.
2. Ambil garfu hancurkan daging tadi, terus masukkan daging ke dalam kuali dikacau merata dan biarkan masak sebentar. Masukkan pula mixed vege dan dikacau merata lagi. Perasakan secukup rasa, tabur daun bawang dan daun sup tutup api sejukkan dahulu.
Adunan –
3. Satukan tepung gandum dan telur dikacau merata, kemudian masukkan air sedikit-sedikit sambil mengacau. Kemudian masukkan santan dan garam halus dikacau lagi dan tapiskan. (Jika ingin lebih mudah, satukan semua bahan kisar guna pengisar dan tapiskan adunan).
4. Saya guna acuan kuih kemboja, sapu sedikit minyak panaskan acuan di atas dapur. Tuang adunan jangan terlampau penuh biarkan masak sebentar 8 ke 10 minit, api kecil sahaja.
5. Selepas itu letak inti dan biarkan masak selama atau lebih kurang 20-25 minit. Sejukkan dahulu kuih bakar baru dipotong, sedia dinikmati.
Beli Acuan Kuih Bakar/Kemboja Di Sini >> https://shope.ee/6KSPLRQiBc
Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish