Masakan Hotel Ikan Goreng dengan Kicap Cair dan Halia

Masakan Hotel Ikan Goreng dengan Kicap Cair dan Halia

Kak M pernah makan Chinese Dish ni beberapa kali kat hotel dan sekali kat restaurant di Hatyai. Memang suka la rasa dia. Tapi dok terfikir-fikir macam mana nak buat menu nih. Macam plain dan simple tapi sedap! Rasa menu ni light and very refreshing. Nak pedas boleh gigit cili padi tu.

Tiba-tiba tengok @emymellisa share resepi yang namanya lebih kurang sama kat IG. Jadi kak M pun decide nak cuba. MasyaAllah, rupanya memang betul almost 100% rasanya sama. Bestkan dapat masak menu yang sedap macam makan kat high-end restaurant. Thanks emy! Banyak pahala share ilmu.

Hirisan timun kat bawah ikan tu boleh makan tau. Rasa dia sedap sangat sebab dia dah well soaked dalam sos tu.

Nak guna ikan lain pun boleh. Contohnya kerapu, bawal ataupun ikan kod. Masa kat Hatyai, kedai tu buat guna ikan kod. MasyaAllah sedap betul. Cumanya ikan kod ni mahal sikit. Tapi sekali sekala apa salahnya kan.

Tips buat hiasan daun bawang;

Mungkin ramai yang dah tau. Tapi kak M just tulis untuk adik-adik yang baru cuba memasak ya. Nak buat hiasan daun bawang tu supaya curly mudah saja. Setelah potong dalam 1 inci, belahkan lagi halus-halus guna pisau yang tajam. Rendam dalam air ais selama 4-5 minit. Angkat toskan.

Fried Fish with Light Soy Sauce and Ginger

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 1/4 cawan light soy sauce
  • 3 inci halia (hiris sederhana & hiris lagi seperti batang mancis)
  • 1 sudu teh brown sugar
  • Daun bawang (Bahagian pangkal, potong lebih kurang 1.5 inci)
  • Daun bawang (Bahagian atas, hiris untuk hiasan)
  • Timun (Hiris tipis. Guna peeler lebih mudah)
  • Cili padi
  • Minyak bijan (lupa nak letak dalam gambar flatlay)
  • Sedikit Air Panas
  • Sedikit Garam

Cara Memasak:

1. Hiris halia, tidak terlalu nipis, hiris lagi hingga jadi macam batang mancis, lepas tu goreng sekejap dan ketepikan. Lumurkan Ikan dengan garam dan goreng hingga garing. Gunakan minyak yang sama untuk goreng ikan.

2. Goreng ikan hingga garing, dah masak angkat dan ketepikan. Keluarkan sedikit minyak dari kuali dan masukkan ke dalam kuali lain. Masukkan bancuhan light soy sauce, minyak bijan, brown sugar, air panas, daun bawang dan cili padi.

3. Masak dan biarkan mendidih sekejap. Curahkan sos atas ikan, taburkan daun bawang yang curly tadi dan dan halia goreng atas ikan. Settle! Dah siap hidangan 5 bintang kat rumah kita sendiri. Bestkan!.

Kalau Makan Bersama Sambal Hijau Minang Ni, Lagi Bertambah Selera >> KLIK DI SINI

Masakan Hotel Ikan Goreng dengan Kicap Cair dan Halia

Resepi Oleh: Marina Ismail