Ayam

Ayam Masak Halia Tambah Minyak Bijan Rasa Lebih Enak

ayam-masak-halia-tambah-minyak-bijan-rasa-lebih-enak

Ayam Masak Halia Tambah Minyak Bijan Rasa Lebih Enak

Menu untuk lunch dan dinner saya hari ni, ayam masak halia. Akhirnya, dapat jugak resipi yang best untuk dimakan dengan nasi. Nak masak hidangan ni, kena pastikan ada halia yang banyak untuk menaikkan rasa ayam tu. Kalau tak, mungkin akan rasa muak. Lagi satu, minyak bijan tu akan menambahkan lagi keenakan ayam masak halia ni. Terima kasih K. Shiela d’Dapoq sudi share resipi ni.

Hidangan ni, secara authentic nya tak pedas. Kalau nak pedas, tambahkan cili padi atau makan je dengan sambal belacan. Boleh guna apa-apa bahagian ayam. Tapi, kali ni, saya guna dada ayam je sebab nak habiskan stok ayam dalam freezer. Selamat mencuba.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor (500-600 g) ayam/ 4-5 ketul bahagian ayam
  • 1/2 sdb serbuk lada putih
  • 1/2 sdb kicap masin
  • 1/2-3/4 cawan halia (hiris nipis baru sukat)
  • 3-4 ulas bawang putih (cincang)
  • 2 inci halia (hiris)
  • 1/2 biji bawang kuning (hiris)
  • 5 tangkai cili kering
  • 1/2 sdb serbuk lada putih
  • 1 sdb sos tiram
  • 1/2 sdb cuka
  • 1/2-1 cawan air
  • 1 sdt minyak bijan
  • Daun bawang (potong 1 inci)

Cara Penyediaan:

1. Gaul ayam dengan serbuk lada putih dan kicap masin. Panaskan minyak masak. Goreng halia yang telah dihiris nipis sehingga keperangan dan garing. Angkat dan ketepikan.

2. Goreng ayam sehingga 3/4 masak. Angkat dan ketepikan. Buangkan sedikit minyak masak. Tumis bawang putih sehingga keperangan. Masukkan halia, bawang kuning dan cili kering. Tumis sehingga naik bau.

Cuba Resepi Ni:  Mesti Cuba! Resepi Briyani Ayam

3. Masukkan pula ayam yang telah digoreng, serbuk lada putih, cuka dan air. Gaul rata dan biarkan ayam masak sepenuhnya. Perasakan dengan garam.

4. Seterusnya, titiskan sedikit minyak bijan dan masukkan daun bawang. Gaul rata. Taburkan dengan halia goreng. Sedia untuk dihidangkan.

Ayam Masak Halia Tambah Minyak Bijan Rasa Lebih Enak

Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah